Bukan Jaejoong JYJ, tapi Yoonhak SuperNova disahkan artis Kpop pertama dijangkiti Covid-19

Yoon Hak daripada kumpulan Supernova disahkan dijangkiti Covid-19 pada 1 April 2020.

Berdasarkan satu sumber yang dipetik berkata, “Selepas pulang dari Jepun pada 24 Mac lalu, Yoon Hak telah didapati menghidap Covid-19 dalam satu ujian yang disahkan pada 1 April. Kini, Yoon Hak berada di dalam hospital dan sedang menerima rawatan. Keadaannya agak baik. Dia tengah memfokuskan kepada rawatan untuk pulih sepenuhnya. Kesemua stafnya termasuklah pengurus dan jurumekap telah disahkan negatif Covid-19.”

Menurut sumber itu lagi, Yoon Hak tidak menunjukkan sebarang simptom ke arah Covid-19 sebelum simptom itu mula menampakkan haslnya, akhirnya dia melakukan ujian pada 31 Mac di klinik daerah Seocho. Dia terus dikejarkan ke Hospital Seoul di mana dia menerima rawatan selanjutnya di dalam bilik yang dikuarantin.

Media Jepun yang sedia maklum akan keadaan terkini Yoonhak menamakan Yoon Hak sebagai artis kpop pertama yang dijangkiti Covid-19. Bagaimanapun, di sebalik dirinya disahkan penghidap Covid-19, program ‘G-EGG’ yang disertai oleh Yoonhak tetap diteruskan dan ditayangkan di Jepun sehingga penghujung tahun.

Yoon Hak ‘debut’ sebagai ahli kumpulan Supernova pada tahun 2007 dan lebih banyak meluangkan masa di Jepun. Antara drama lakonannya termasuklah SBS Fates and Furies.

Sumber: tv report

loading...