Suho EXO mencatat rekod terbaik buat dirinya apabila album solo sulungnya, ‘Seft-Potrait’ telah diumumkan sebagai album kpop paling laris pada minggu ini menurut Hanteo.
Album ‘Self-Potrait’ telah memperolehi jualan 212,101 unit, sekaligus diangkat sebagai album paling laris pada minggu ini. Bagaimanapun, Suho EXO tidak dapat memintas rekod album solo terlaris di dalam seminggu yang kini masih disandang oleh Kang Daniel, menerusi album kedua-nya, ‘CYAN’ , meskipun penyanyi itu pernah memecah rekod album solo terlaris dalam sehari yang dipegang olehnya. Dengan perolehan sebanyak ini, Suho EXO diramal akan merampas kedudukan no.1 di pegang oleh Kang Daniel dalam carta album Gaon yang akan diumumkan selewat-lewatnya Khamis ini.
Suho ialah artis keempat daripada kumpulan EXO yang mengeluarkan album solonya sendiri selepas Baekhyun, Chen dan Lay Zhang. Album ‘Self-Potrait’ mempunyai tujuh buah lagu dengan ‘Let’s Love’ dijadikan sebagai single utama.
Sumber: sport khan