Suho EXO pintas rekod album solo terbaik sehari di Korea yang pernah disandang oleh Kang Daniel dalam minggu sebelumnya

Artis keluaran SM Entertainment samada berkumpulan ataupun bergerak secara solo tidak pernah suram di dalam mencipta rekod di negaranya sendiri.

Suho, artis keempat daripada kumpulan EXO yang mengeluarkan album solonya sendiri selepas Baekhyun, Chen dan Lay Zhang, telah memintas  rekod album solo terbaik sehari di Korea yang pernah disandang oleh Kang Daniel di dalam minggu sebelumnya menerusi album solo sulungnya, ‘Self-Potrait’ yang dilancarkan mulai semalam, 30 Mac 2020. Album ‘Self-Potrait’ telah meraih jualan sebanyak 163,969 unit di dalam sehari mengatasi album ‘CYAN’ oleh Kang Daniel dengan perolehan sebanyak 100,028 unit, menurut Hanteo.

Kejayaan ini juga secara tak rasmi menjadikan Suho hanya di belakang Baekhyun (City Lights) dan Kang Daniel (Color On Me) menerusi album solo pertama mereka masing-masing untuk rekod jualan album terlaris di dalam sehari sepanjang dekad, menurut Hanteo.

Bercakap tentang makna di sebalik ‘Self-Potrait’ untuk judul albumnya, Suho mendapat inspirasi daripada lukisan Van Gogh sewaktu di dalam pengembaraan untuk menghasilkan album dengan menggambarkan dirinya sendiri. “Walaupun tak semua benda kecil  saya dapat tumpukan, tapi lirik itu saya betul-betul ambil berat dan garapkan dengan penuh keikhlasan buat Exol sekalian,” katanya.

Album ‘Self-Potrait’ mempunyai tujuh buah lagu dengan ‘Let’s Love’ dijadikan sebagai single utama. Jom tontoni video klip ‘Lets Love’.

Sumber: star mk , hanteo

loading...