Tersadung banyak kali sebelum sasaran, Junkyu & Haruto TREASURE tekad habiskan juga 300 kali ‘lompatan skip’

Pelatih-pelatih baru YG Entertainment yang akan di’debut’kan di dalam kumpulan kpop TREASURE mengadakan sesi ‘Facts Check’ bersama peminat mereka.

Episod kali ini mahu mengesahkan samada Junkyu mampu melakukan lompatan skip dua kaki sebanyak 300 kali dalam satu masa. Di dalam video tersebut, Haruto menyoal Junkyu, “Boleh tak kau lompat 300 kali?”

Jawapan Junkyu kemudian ternyata mengejutkan ahli TREASURE dan peminat mereka. “Aku hampir-hampir boleh buat masa kita di dalam TREASURE SPECIAL LIVE dulu, ” dakwa Junkyu. Namun, cubaan kali pertama Junkyu gagal menepati sasaran dikehendaki apabila dia tersadung ke atas lantai sebaik saja kiraan mencecah 68 kali. Dia kemudian bangkit semula dengan penambahan lompatan menjadikan jumlahnya sebanyak 102.

Haruto kemudiannya mencelah, “Macam mana kalau kita buat berdua pula?”. “Apa tali skip yang kau pakai?”, tanya Junkyu. Haruto terus melakukan lompatan, namun dia masih gagal memintas Junkyu dengan hanya 22 kali lompatan untuk cubaan pertama menjadikan jumlahnya sebanyak 124 .Cubaan seterusnya pula berjaya menambahkan jumlahnya menjadi 200.

Tapi, Haruto berhenti di situ saja mungkin kerana keletihan. Dia mahu Junkyu menghabiskannya. “Jika abang nak minum 100 just epal seminggu, aku sanggup belikan.” Bagaimanapun cubaan Junkyu seterusnya tidak berjaya menyelesaikan 300 kali lompatan dalam satu masa, tapi berjaya mencapai sasaran dengan mencukupkan jumlahnya.

“Lompatan 300 kali dalam satu masa itu bukan fakta. Maaf,” kata Junkyu dalam satu gambar kecil tertera di dalam video berkenaan. Sambungnya lagi, “Aku sepatutnya buat 300, tapi Haruto ini dah berjaya buat sampai 100,” mengakhiri segmen video mereka pada hari ini.

Kumpulan TREASURE 13 atau TREASURE ini terbentuk melalui program YG Entertainment survival iaitu YG Treasure Box. Mereka pada asalnya dijadualkan debut pada sekitar bulan Mei-Julai tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan berulang-ulang kali barangkali disebabkan skandal yang membabitkan YG Entertainment ketika itu. Bagaimanapun, bagi mendekatkan diri mereka dengan peminat, YG telah mengeluarkan beberapa video menarik, antaranya ‘Facts Check’ sekaligus menandakan tarikh ‘debut’ mereka sudah semakin dekat.

Sumber: OSEN

loading...