Kim Jung Hyun bertaut semula dengan Seo Ji Hye di dalam drama MBC Shall We Eat Dinner Together?

Kim Jung Hyun, pelakon yang digandingkan sebagai pasangan romantis kepada Seo Ji Hye di dalam tvN Crash Landing With You, akan membuat kemunculan istimewa (“cameo”) di dalam drama terbaru MBC berjudul Shall We Eat Dinner Together?  yang akan dibintangi oleh Seo Ji Hye bersama-sama dengan Song Seung Hun, Naeun Apink dan Lee Ji Hoon.

MBC “Shall We Eat Dinner Together?” adalah karya berdasarkan satu webtoon dengan tajuk yang sama. Ia menceritakan kisah cinta antara seorang lelaki dan wanita yang serik untuk bercinta setelah berdepan dengan perpisahan yang perit. Setelah menikmati makan malam bersama, akhirnya luka lama semakin terubat dan mereka kembali merasai ni perasaan cinta. Mereka cuba mencari cinta kembali bermula dengan makanan.

Ini merupakan gandingan pertama kali kedua-dua pelakon ini di layar emas sejak drama tvN Crash Landing With You habis bersiaran. Kemunculan Kim Jung Hyun dijangka akan memberikan sedikit kejutan di dalam drama berkenaan memandangkan pengakhiran wataknya  di dalam tvN Crash Landing With You tidak mendatangkan berita gembira kepada peminat kdrama untuk menyaksikan mereka hidup bersama.

Sumber: spottvnews

loading...