Terharu kerana JHope masih teringat akan janjinya, LeeTeuk tunjuk gambar CD album BTS yang dinukilkan JHope sendiri

Hubungan baik Lee Teuk dengan keluarga Jung Ho Seok (JHope) berlarutan sehingga membawa kepada perhubungan antara mereka sendiri.

Pada 25 Mac 2020, Lee Teuk memberitahu dia telah menerima CD album BTS, ‘Map of The Soul’ yang ditandatangani sendiri oleh JHope ketika sedang berinteraksi bersama peminat di dalam ‘Kiss the Youtube’, cabang Youtube kendaliannya.

Dalam siaran untuk hari ini pula, Lee Teuk berkata, “J Hope cakap kat aku dia nak bagi CD ini sejak sekian lama lagi tapi tak kesampaian kerana masa tak mengizinkan, jadi dia memohon maaf atas sebab itu. Aku cakap, ‘Tak usah gusar. Aku dah jumpa mak kau ketika pergi ke sauna jam 3 petang.'”

Kemudian, Lee Teuk memuatnaik gambar CD album BTS tersebut di laman instagram-nya beserta dengan kapsyen berbunyi,

“Ho Seok sendiri nak serahkan CD ini padaku tapi masa tak mengizinkannya untuk berbuat demikian. Jadi, aku teserempak dengan maknya dan akhirnya menerima CD ini daripadanya.  Aku letakkan buku memasak ke dalam beg plastik dan tinggalkannya di pondok keselamatan lalu segera hubunginya. Terima kasih kerana sentiasa menjagaku, mak cik (ibu kepada JHope). Ho Seok pun sangat ikhlas dan paling penting terbaik! Aku akan sentiasa menyokong segala aktiviti kau.”  – Lee Teuk

Tulisan di dalam gambar CD itu pula berbunyi,

“Hyungnim, Kami BTS. Kami baru saja keluarkan album, jadi kami sampaikan salam dulu dengan ini. Terima kasih kerana sentiasa sokong adik-adikmu. Kami terkesan dengan segala aktiviti-aktiviti yang abang lakukan, maka kami pun sama-sama bekerja kuat untuk laksanakannya juga. Jangan jatuh sakit dan sentiasa kekal sihat. Dengar lagu kami banyak-banyak ya.”

Sebelum ini di dalam rancangan jtbc ‘Ask Me Anything’, Lee Teuk mengaku di hadapan Kang Ho Dong bahawa dia kerap berjumpa dengan keluarga J Hope sewaktu berada di dalam sauna bertempat di kawasan kejiranannya. Kata Lee Teuk, “Hobi (nama timang-timangan JHope) kata ayahnya, suka sangat pada Super Junior. Mereka sampai ajak aku ke rumah dan mak dia akan memasakku makanan. Tetapi aku tak simpan nombornya pula.” Sejak daripada itu, Lee Teuk kadang-kala akan memuatnaik gambar masakan yang diberikan oleh emak JHope ke dalam instagram-nya .

Semoga hubungan baik antara kedua-dua penyanyi idol ini akan berkekalan.

Sumber: instagram Lee Teuk, hankookilbo

loading...