Lee Tae Sung tak ‘gentar’ ngaku bapa tunggal dengan anak lelaki berusia 10 tahun

Lee Tae Sung mengaku dia sebenarnya seorang bapa tunggal yang sedang memelihara anak lelaki berusia 10 tahun di dalam SBS ‘My Ugly Cub’ yang disiarkan pada 22 Mac 2020.

Lee Tae Sung berkahwin pada tahun 2012 sebelum terpaksa bercerai tiga tahun kemudian, yakni lima bulan sebelum beliau menyertai latihan ketenteraan. Beliau memelihara satu-satunya anak lelakinya sejak daripada itu.

“Saya jadi ayah pada usia 27 tahun. Sewaktu anak saya berusia dua hingga tiga tahun, saya terpaksa berkhidmat dengan ketenteraan,” katanya yang mendedahkan emaknya banyak membantu menjaga anaknya ketika ketiadaannya.

Gambar Lee Tae Sung bersama adik lelakinya yang tinggal bersama dengannya anak-beranak.

“Kadang-kadang bila jadual tertukar, anak saya akan tantrum dan akan tanya ke mana nak pergi. Saya akan minta dia jerit ‘Goodbye My Father’ sehingga saya berlalu pergi,” ujarnya lagi.

Lee Tae Sung kini sedang tinggal anak-beranak bersama dengan adik lelakinya.  “Adik saya tak reti buat kerja rumah. Jadi saya selalu akan bergaduh dengannya,” katanya sambil ketawa. Adik Lee Tae Sung, Seong Yu Bin, merupakan seorang bekas penyanyi idol kumpulan BOB4 dengan album ‘Never Forget You’ manakala Lee Tae sung banyak menumpukan kerjayanya di dalam bidang lakonan. Antara drama lakonannya ialah jtbc Ms. Hammurabi , SBS Rooftop Prince dan MBC Mischievous Kiss.

Status ‘bapa tunggal’ di Korea lazimnya ditolak oleh mereka yang mahu mencari pasangan untuk berkahwin. Maka, pengakuan status ini yang dibuat dengan berani secara terang-terang membawa maksud duda tersebut tidak mencari seseorang untuk berkahwin semula buat masa ini ataupun dia mungkin sudah berpunya. Isu dilema dihadapi bapa tunggal ini pernah ditunjukkan di dalam beberapa buah drama korea termasuklah jtbc One Spring Night.

loading...