Sungguh padan memakai topi ‘bennie’, netizen puji ketampanan Ahn Hyo Seop

Ahn Hyo Seop mengemaskini laman instagram-nya dengan menghadiahkan tiga buah gambar kepada peminatnya.

Dengan meletakkan kapsyen berbunyi “Nanti, nanti,” Ahn Hyo Seop dilihat berjalan-jalan di luar sambil mengenakan ‘bennie’ (topi yang biasanya dipakai oleh kaum lelaki ketika musim sejuk). Gambar-gambar tersebut mendapat pujian daripada netizen.

Ahn Hyo Seop telah selesai membintangi drama SBS Romantic Doctors, Teacher Kim musim kedua dan kini sedang berehat daripada sebarang aktiviti seni.

Sumber: instagram Ahn Yo Seop

loading...