/Mahkamah naikkan lagi hukuman penjara ke atas Choi Jong Hoon jadi 6 tahun 6 bulan

Mahkamah naikkan lagi hukuman penjara ke atas Choi Jong Hoon jadi 6 tahun 6 bulan

Choi Jong Hoon bakal menghadapi hukuman penjara tambahan lagi selama 1 tahun 6 bulan di atas kesalahan menyebarkan gambar dan video lucah mangsa tanpa kerelaannya.

Keputusan itu dibacakan oleh pihak pendakwaraya di hadapan hakim Park Jin Hwan di Mahkamah Tinggi Seoul hari ini di samping permohonan mereka untuk didedahkan data peribadi defendan, keperluan untuknya menjalani rawatan terapi seks dan halangan untuknya berdampingan dengan kanak-kanak dan remaja selama 5 tahun.

Baca lagi : Jung Joon Young, Choi Jong Hoon & lain-lain telah disabitkan hukuman penjara bermula hari ini

Choi Jong Hoon, bekas penyanyi daripada kumpulan FT Islands sebelum ini, telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun di atas perbuatan merogol mangsa beramai-ramai.

Gambar dikreditkan kepada imbc

Apabila dibacakan pertuduhan ke atasnya di mahkamah hari ini, Choi Jong Hoon hanya akur dengan hukuman yang diberikan ke atasnya. “Empat tahun sudah peristiwa itu berlalu, tetapi hidupku ini penuh dengan kekesalan yang tak boleh lagi dibuang.  Aku telah dihukum di atas perbuatanku. Apabila aku kembali nanti, aku akan hidup sebagai rakyat biasa bukan lagi selebriti,” ujar Choi Jong Hoon dalam tangisan.

Keputusan mahkamah akan diketahui pada 27 Mac 2020.

Sumber: MBC enewsnocutnews

Komentar

comments

loading...