Yoona akan menjadi wartawan di dalam drama terbaru jtbc di samping Hwang Jung Min?

Yoona daripada kumpulan kpop popular, Girl Generation dilaporkan sedang menimbangkan tawaran lakonan di dalam drama terbaru terbitan jtbc, ‘Hush’.

Yoona akan membawakan watak wartawan mentah Lee Ji Soo yang baru saja berkecimpung di dalam industri media. Lee Ji Soo mahu menegakkan keadilan namun usahanya terbatas apabila terpaksa berdiri di atas paksi realiti. Manakala, Hwang Jung Min yang telah mengesahkan penglibatannya di dalam drama ini sebelumnya, akan melakonkan watak Han Joon Hyuk, seorang wartawan veteran yang memilih kerjaya ini kerana mahu berbuat sesuatu lebih daripada kemampuannya. Beliau telah menimba pengalaman bekerja di beberapa buah syarikat penerbitan akhbar tetapi masih merasakan terdapat halangan di antara menegakkan keadilan dan realiti yang terpaksa dihadapi.

jtbc Hush yang diadaptasikan daripada novel ‘Silence Warning’, akan mengupas kepayahan dialami oleh wartawan-wartawan yang terpaksa berhadapan dengan masalah dan etika tersendiri dalam menyampaikan berita-berita sensasi.

jtbc, ‘Hush’.akan menjadi drama terbaru Yoona selepas tiga tahun, kali terakhir menerusi MBC The King In Love, yang sebelum ini banyak menumpukan kerjayanya di layar perak. Filem Exit tahun lepas telah membuatkan namanya sebagai pelakon semakin mendapat perhatian peminat dan sudah semestinya ramai mahu melihat beliau kembali semula di dalam kdrama.

Sumber: sport chosun

loading...