Taehyung BTS sumbang satu lagi lagu OST untuk drama jtbc Itaewon Class lakonan Park Seo Joon

Ikatan persahabatan yang terjalin antara Taehyung (V) BTS dengan Park Seo Joon masih berkekalan walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya seni sendiri.

Taehyung dikatakan sedang berunding dengan pihak produksi drama untuk menampilkan dirinya sebagai penyanyi untuk salah satu lagu OST drama lakonan sahabat baiknya itu. Kali terakhir Taehyung pernah terbabit sebagai penyanyi lagu OST ialah menerusi drama KBS Hwarang pada tahun 2016 di mana beliau turut berlakon bersama-sama dengan Park Seo Joon. Lagu tersebut ialah ‘It’s Definitely You’ yang dinyanyikannya bersama Jin (Kim Seok Jin) daripada BTS. Sebagai rekod, Taehyung juga pernah menyatakan hasratnya itu pada bulan Januari lalu di dalam sesi VLive bersama peminat.

“Itaewon Class” adalah adaptasi daripada webtoon popular yang menggunakan nama sama, berkisarkan tentang seorang anak lelaki yang dipertanggungjawabkan mengendalikan restoren terkemuka setelah bersusah payah menghadapi cabaran dalam kerjaya akibat kematian bapanya. Drama ini juga mengisahkan sekumpulan anak muda yang memberontak dan bangkit untuk menentang ketidak-adilan dalam dunia dan memulakan perniagaan makanan di Itaewon.

jtbc Itaewon Class berjaya memperoleh rating sebanyak 16.16% di dalam episod terkini, menjadikannya drama kedua terbitan cenel jtbc selepas Sky Castle berjaya melepasi 15% digit. Ia jauh melepasi sasaran awal diletakkan oleh pihak produksi sebelum ini.

Sumber: tv report

loading...