Eddy Kim & Roy Kim ‘dibebaskan’ daripada tuduhan sebarkan gambar lucah mangsa Jung Joon Young

Eddy Kim dan Roy Kim telah menerima pergantungan daripada tuduhan menyebarkan gambar lucah mangsa Jung Joon Young masing-masing pada 6 Mac 2020 hari ini dan 25 Februari 2020 yang lalu setelah pihak pendakwaan berpuas hati dengan jawapan diberikan oleh kedua-duanya.

Pihak pendakwaan mempertimbangkan keadaan di mana Eddy Kim dan Roy Kim hanya menyebarkan satu gambar daripadanya dan telah mengaku kesal atas perbuatan yang dilakukannya.

Agensi Eddy Kim, Mystic Story membuat kenyataan balas dengan berkata, “Ia sudah disahkan bahawa Eddy Kim tidak berada di dalam laman ‘chatroom’ di mana Jung Joon Young menyebarkan bahan-bahan lucah berkenaan, tetapi di dalam ‘chartoom’ berlainan di mana mereka berkongsi hobi yang sama. Eddy Kim sudah menyesal dan sedang bermuhasabah diri.”

Manakala Roy Kim pada 25 Februari 2020 lalu telah memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatannya untuk meyakinkan ahli-ahli ‘chatroom’ tersebut bahawa gambar lucah itu telah diubahsuai, telah disalahertikan dengan sengaja menyebarkan gambar lucah mangsa berkenaan. Laporan media beberapa bulan yang lepas juga mengesahkan Roy Kim tidak berada di dalam ‘chatroom’ di mana Jung Joon Young berkongsi bahan-bahan lucah itu secara aktif, tetapi di dalam ‘chatroom’ dengan hobi memancing bersama.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Choi Jong Hoon, bekas ahli FT Islands akan didakwa bersama-sama Roy Kim (Kim Sang Ho) dan Eddy Kim (Kim Jung Hwan) setelah ketiga-tiganya mengaku bersalah menyebarkan gambar-gambar lucah mangsa serta video seks yang mana separuhnya dirakam oleh Jung Joon Young dengan menggunakan laman ‘chatroom’ KakaoTalk sebagai medium pengantaraan. Mereka juga pernah disenaraikan oleh netizen di antara sembilan orang selebriti disyaki telah langgan dan berkongsi video lucah rakaman Jung Joon Young secara haram.

Semoga ada sinar baru untuk kerjaya seni Eddy Kim dan Roy Kim di masa akan datang.

Sumber: spottvnews , mbn news

loading...