Blackpink & Ariana Grande bakal disatukan di dalam album terbaru keluaran Lady Gaga, ‘Chromatica’?

Blackpink dan Ariana Grande disebut-sebut akan membuat kemunculan sebagai rakan duet di dalam album studio keenam Lady Gaga, iaitu ‘Chromatica’ yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sebagai respon terhadap desas-desus tersebar di laman komuniti forum dan sosial media sejak pagi tadi, YG Entertainment tidak menafikan dan mengesahkan projek berkenaan sebaliknya meminta peminat menunggu pengumuman rasmi mengenainya. Malah, pihak Lady Gaga juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung khabar angin berkenaan. Manakala, daripada pihak Ariana Grande juga, belum ada lagi kenyataan rasmi dikeluarkan.

Desas-desus itu timbul selepas seorang netizen memuatnaik gambar ‘tracklist’ dengan nama Blackpink terpampang sebagai rakan duet memandangkan Bloodpop yang juga salah seorang penulis lagu untuk single utama album tersebut, “Stupid Love”, telah mengikuti Blackpink di laman instagram-nya secara terang-terang, begitu juga apa yang dilakukan oleh Ariana Grande kepada Lady Gaga sejak “Stupid Love” mula dilancarkan.

Sekiranya kolaborasi ini menjadi, ia bakal menyaksikan gandingan Lady Gaga dengan mana-mana artis Kpop buat pertama kali di dalam sejarah karier nyanyiannya.

Sumber: OSEN, sport chosun, capitalfm