Jurusolek Park So Dam berkhidmat dengan model tampan Park Bo Gum & Byun Woo Suk di dalam drama terbaru tvN The Moment

Park Bo Gum, Park So Dam dan Byun Woo Suk sudah mengesahkan akan membintangi drama terbaru terbitan tvN, ‘Youth Records’ atau nama lainnya, ‘The Moment’.

tvN The Moment adalah sebuah kisah mengenai kehidupan anak muda dalam dunia peragaan. Park Bo Gum akan memegang watak sebagai Sa Hye Joon, seorang yang kacak, berpelajaran tinggi serta memiliki budi pekerti yang baik. Impiannya adalah untuk menjadi pelakon tetapi beberapa kali percubaannya di dalam siri uji bakat sering menemui kegagalan. Maka, Sa Hye Joon terpaksa meneruskan kerjaya sebagai model. Park So Dam pula akan memegang watak sebagai An Jung Ha, seorang jurusolek artis ditugaskan untuk memastikan model-model kelihatan sempurna di hadapan kamera manakala Byun Woo Seok pula sebagai Won Ha Hyo, rakan model kepada Sa Hye Joon yang mahukan pengiktirafan terhadap usahanya yang tekad selama ini.

Ini merupakan drama terbaru Park Bo Gum sejak tvN Encounter di samping Song Hye Kyo manakala Park So Dam pula dikenali di atas lakonan hebatnya di dalam filem ‘Parasite’ yang dinobatkan sebagai filem luar negara pertama memenangi filem terbaik di Anugerah Oscar.

Drama ini bakal mendapat khidmat PD Ahn Gil Ho, yang sebelum ini pernah mengarahkan projek hebat seperti TvN “Forest of Secrets” (atau turut dikenali sebagai “Stranger”), tvN “Memories of the Alhambra,” dan OCN “Watcher.” Manakala skripnya akan dinukilkan oleh Ha Myung Hee yang sebelum ini menghasilkan SBS “Doctors” dan SBS “Temperature of Love.”

tvN The Moment dijadualkan untuk tayangan pada bulan Mei tahun ini tetapi mungkin berubah-ubah kerana jadual penggambarannya belum ditentukan lagi.

Sumber: OSEN, donga

 

loading...