Seungri diarahkan masuk ‘military’ mulai minggu depan

Seungri, bekas ahli kumpulan Big Bang yang menjadi pencetus kepada skandal Burning Sun, telah diarahkan untuk berkhidmat dengan ketenteraan mulai 9 Mac 2020 di Pusat Pengrekruitan Ketenteraan di Cheorwon, Gangwon.

Menurut sumber daripada pegawai ketenteraan, keputusan untuk memasukkan Seungri ke dalam ‘military’ tanpa pemberitahuan secara rasmi bukan disebabkan bahaya virus Corona Covid-9, tapi ia ditentukan oleh pihak luaran yang tiada kena-mengena dengan pihak dalaman. Seungri kini masih menjalani perbicaraan di atas dakwaan menjadi bapa ayam, berjudi secara haram dan melanggar undang-undang berkenaan pertukaran wang antara negara.

Sebelum ini, Seungri yang dilihat bergambar dengan beberapa orang rakannya seolah-olah sedang meraikan perpisahan, mencetuskan spekulasi bahawa beliau akan menyertai latihan khidmat negara di dalam masa terdekat. Gambar tersebut dimuatnaik oleh DJ Glory di laman instagram-nya.

Sumber: spottvnews, ytn, mk news

loading...