[Edited] Ini dia seleksi 13 drama Korea terbaru untuk korang tonton sampai lebam Mac ini!

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Gais, Mac 2020 is on your way. Cepat kan masa berlalu pergi. Pejam celik, rupanya dah masuk bulan baru.

Baiklah, penulis tetap setia sediakan list drama Korea terbaru dengan pelbagai seleksi dan genre untuk korang. Mungkin boleh lagi menambah bucket list yang sedia ada. Well, ada 12 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Mac ini. Banyaknya gaiss!! So, let’s check it out the list.

1. Nobody Knows (SBS)

“Nobody Knows” adalah sebuah drama kepolisian yang mengambil tema misteri. Ia menceritakan tentang risiko kehidupan remaja yang mungkin berubah saat meningkat usia jika dia dikelilingi dengan orang dewasa yang baik dan orang itu akan melakukan apa sahaja untuk melindungi si remaja itu.

Kim Seo Hyung, yang menyerlah atas lakonan sebagai pegawai peperiksaan universiti di dalam jtbc Sky Castle sebelum ini, akan memegang watak detektif polis bernama Cha Young Jin, yang pernah kehilangan kawan baiknya ketika masih muda lagi di tangan seorang pembunuh bersiri. Sembilan tahun kemudian, apabila pembunuhan berlaku semula, Kim Seo Hyung tekad untuk memburu pembunuh itu sendiri. Dia mahu melindungi anak muda daripada kejadian yang pernah menimpanya.

Manakala, Ryu Deok Hwan pula akan melakonkan watak cikgu sekolah menengah rendah bernama Lee Sun Woo. Cha You Jin dan Lee Sun Woo saling terperangkap dalam satu insiden mengaitkan mereka dengan jenayah pembunuhan bersiri berkenaan.

SBS Nobody Knows bakal mendapatkan khidmat sutradara dan penulis skrip baru, Lee Jung Heum dan Kim Eun Hyang. Drama ini akan mula ditayangkan pada 3 Mac menerusi ONE TV Asia Ch 393, jam 8.10 malam dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea.

2. 365: One Year Against Destiny / 365: A Year of Defying Fate (MBC)

“365: One Year Against Destiny” adalah sebuah drama misteri, thriller fantasi di mana seseorang dapat kembali ke suatu-suatu masa tertentu dalam satu tahun yang sama. Tetapi, tidak dijangka pengembaraan masa itu boleh menyebabkan takdir seseorang itu berubah.  Seramai 10 orang telah kembali ke masa yang mereka inginkan dalam tempoh setahun itu, tapi situasi misteri mula terjadi bilamana takdir hidup mereka berubah dan bertukar.

Lee Joon Hyuk akan membawakan watak sebagai Ji Hyung Joo, seorang detektif dibahagian keganasan jenayah dan pernah menjadi polis trafik namun telah dinaikkan pangkat setelah berjaya menahan penjenayah yang dikehendaki. 7 tahun berlalu sejak segalanya berubah, dan Ji Hyung Joo seorang individu yang berbakat kerana dia tahu  bagaimana untuk relax dan sering mengikuti webtoon kesukaan setiapkali menjalankan kerja-kerja pengawasan. Biarpun pada mulanya dia gembira kerana dapat kembali semula pada masa yang diinginkan dalam tempoh setahun, dan kembali menetapkan semua kehidupannya, Ji Hyung Joo mula mencari kebenaran bila beberapa siri misteri terjadi ketika dia dan beberapa lagi individu menjalani pengembaraan masa bersama.

Nam Ji Hyun pula membawakan peranan sebagai Shin Ga Hyun, seorang artis webtoon yang telahpun bekerja keras selama 3 tahun untuk sebuah webtoon popular “Hidden Killer”. Biarpun mengecap populariti dan diberikan kehidupan yang agak bagus, Shin Ga Hyun sentiasa bekerja keras dalam penghasilan siri webtoon tersebut sehinggakan tidak punya masa untuk berseronok. Dia digambarkan seorang yang begitu ‘perfectionist’ dalam kerja dan juga gila bekerja. Namun, selepas berdepan dengan satu kemalangan, hidupnya diambang kejatuhan dan pada saat itulah dia ditawarkan untuk reset kehidupannya.

“365: One Year Against Destiny” akan diterajui oleh PD  Kim Kyung Hee,  yang sebelum ini menerajui drama “Lucky Romance.” Drama ini akan bersiaran dirangkaian Oh!K TV Asia Ch 394  mulai 24 Mac ini bagi mengisi slot tayangan Selasa-Rabu pada jam 7.50 malam.

3. Yoobyeolna! Chef Moon / Vacation in My Own Way (Channel A)

Channel A “Yoobyeolna! Chef Moon” merupakan sebuah drama romantik yang mengisahkan tentang Yoon Yoo Jin, seorang wanita yang melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya dan Moon Seung Mo, lelaki yang menginginkan kehidupan seperti sebuah percutian.

Eric Moon akan membawakan watak Moon Seung Mo, seorang chef yang hanya menyediakan hidangan berasaskan bahan organik namun dunia kulinari kini penuh dengan makanan yang mengandungi bahan dengan pelbagai campuran. Setelah kematian orang tuanya akibat kebakaran, dia ambil keputusan untuk berhijrah ke sebuah kampung dan membuka restoran.

Go Won Hee pula sebagai Yoon Yoo Jin, seorang pereka fesyen terkenal dengan nama ‘Bella’ yang seringkali berkolaborat dengan beberapa jenama fesyen ternama di seluruh dunia. Akibat terlibat dengan kemalangan, Yoo Yoo Jin hilang ingatan dan kehidupannya berbeza dari dunia glamornya terdahulu. Dia kemudian ambil keputusan untuk menetap di sebuah perkampungan yang sama dengan Seung Mo. Dek kerana perilakunya yang luar biasa, dia diberi gelaran “Yoobyeolna” (unik, aneh) dikalangan penduduk setempat.

Ketenangan hidup Moon Seung Mo tiba-tiba jadi haru apabila Yoo Yoo Jin muncul tiba-tiba dikampung tersebut.

Drama ini akan bersiaran di Channel A pada setiap Jumaat-Sabtu bagi menggantikan tayangan drama “Touch” mulai 6 Mac.

4. Kingdom Season 2 (Netflix)

Drama berjudul “Kingdom” ini merupakan drama bersiri korea pertama diterbitkan ke dalam cenel Netflix dan akan disiarkan secara langsung kepada pengguna laman tersebut tak kira dari negara mana mereka berada.

Ia berkisarkan tentang  putera raja yang bertungkus lumus membanteras penularan watak penyakit ‘zombies’ di zaman pemerintahan Joseon. Dalam usaha untuk menyelamatkan rakyatnya dari serangan zombie, putera mahkota Lee Chang (lakonan Ju Ji Hoon) kembali ke istana untuk mencari penawar wabak tersebut serta membongkar rahsia dan plot lain di dalam istana. Musim kedua ini, Putra Mahkota Lee Chang harus meneruskan perjuangannya tanpa mempercayai sesiapa pun.

Turut bersama Putera Mahkota Lee Chang dalam musim terbaru ini adalah Seo Bi (Bae Doona), Jo Hak Joo (Ryu Seung Ryong), Moo Young (Kim Sang Ho), Young Shin (Kim Sung Kyun), Beom Pal (Jeon Suk Ho), Permaisuri (Kim Hye Joon), Min Chi Rok (Park Byung Eun), dan beberapa lagi.

“Kingdom 2” akan bersiaran di Netflix mulai 13 Mac ini.

5. Memorist (tvN)

tvN Memorist yang diadaptasikan daripada webtoon dengan judul yang sama, dan pernah diterbitkan pada Oktober 2016 sehinggalah Januari 2018.

Drama bertemakan misteri thriller ini berkisarkan tentang seorang penyiasat berkuasa psikik yang seringkali terbabit dalam beberapa kejadian pembunuhan bersiri.

Yoo Seung Ho akan membawakan watak Dong Baek, seorang penyiasat yang mempunyai kuasa psikik. Dia boleh membaca semua ingatan seseorang dengan hanya menyentuh mereka. Selain kuasa istimewanya itu, Dong Baek juga seorang yang pintar dan hebat dalam menyelesaikan kesnya. Dia adalah salah seorang detektif terbaik di Korea.

Han Sun Mi, seorang profiler genius akan dimainkan oleh Lee Se Young. Digambarkan seorang yang dingin namun begitu bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Han Sun Mi pernah bermimpi untuk membalas dendam ayahnya. Dia juga seorang yang sangat tenang dalam bertugas, berbeza dengan Dong Baek yang agak sukar untuk mengawal amarahnya.

Pengarah Kim Hui dan Jae Hyeon akan bergandingan sama untuk memacu drama ini yang akan disiarkan menerusi tvN Asia (Ch 395) dan Unifi TV (Ch 211) mulai 12 Mac, jam 9.45 malam bagi mengisi slot drama Khamis-Jumaat bagi menggantikan “Money Game”

6. Wise Doctor Life / Hospital Playlist

Jo Jung Suk, Jung Kyung Ho dan Yoo Yeon Seok membawakan watak utama doktor yang sama-sama dalam drama Wise Doctor Life ini. Mereka akan dibantu oleh Kim Dae Myung dan Jeon Mi Do. Drama ini dikatakan trilogi ke-2 arahan sutradara kepada drama yang memenangi Drama of The Year 7th CARI Kdrama Awards, iaitu “Wise Prison Life” atau dikenali sebagai “Prison Playbook” yang memaparkan kisah tentang sekumpulan banduan yang tinggal di dalam penjara di mana Jung Kyung Ho memegang watak sebagai warden penjara, menjadikan gandingan ke-2 Jung Kyung Ho bersama sutradara Shin Won Ho. Lebih menarik lagi, Shin Won Ho juga telah memilih rakan penulis skripnya, Lee Woo Jung yang telah bekerjasama dengannya menerusi tiga drama bersiri Reply 1988, Reply 1994, dan Reply 1994 sebelum ini.

tvN “Wise Doctor Life” akan menggunakan hospital sebagai latar belakang cerita di mana doktor dan jururawat bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit di wad kecemasan. Drama ini tak memfokuskan kepada situasi politik hospital atau cerita kebiasaan yang berlaku kepada seorang yang bergelar doktor. Mengenangkan Shin Won Ho lebih suka menyelitkan dramanya dengan kisah realistik sambil disertakan dengan ‘twist’ yang beremosi di penghujungnya dan juga didukungi dengan unsur-unsur ‘dark comedy’ diantaranya, pasti “Wise Doctor Life” akan berlainan seperti yang biasa ditontoni di dalam kebanyakan drama korea berkenaan medikal.

“Wise Doctor Life” akan bersiaran menerusi Netflix pada setiap hari Sabtu dan hari Khamis, satu hari saja mulai 12 Mac.

7. Rugal (OCN)

OCN Rugal yang diadaptasikan daripada webtoon dengan tajuk yang sama, berkisarkan tentang seorang polis bernama Kang Ki Bum yang akan membuat apa saja untuk menjatuhkan rangkaian organisasi jenayah yang diketuai oleh Hwang Deuk Gu, sehingga dia kehilangan isteri tersayang dan juga kedua-dua belah matanya. Namun selepas kejadian itu, personalitinya berubah daripada seorang suka bergurau kepada seorang yang dahagakan darah penjenayah.

Demi membalas dendam akan kematian isterinya, Kang Ki Bum (lakonan Choi Jin Hyuk) menjadi pembunuh dan tak semena-mena membiarkan dirinya dipergunakan oleh syarikat berteknologi tinggi, Rugal untuk memusnahkan terus organisasi jenayah tersebut. Rugal memberikannya mata palsu bagi melunaskan misinya itu. Manakala, Hwang Deuk Gu yang dilakonkan oleh Park Sung Woong ini pula digambarkan sebagai seorang bos penjenayah yang sangat kejam dan tahu mengatur rancangan jahat bagi menterbalikkan segala kekurangan ke atasnya.

“Rugal” akan bersiaran menerusi rangkaian OCN mulai 16 Mac bagi mengisi slot drama Isnin-Selasa jam 22.50 KST.

8. The Way He Remembers / Find Me in Your Memory / Memoir of the Man (MBC)

MBC “Memoir of the Man” yang bertemakan melodramatik, adalah berkisarkan tentang seorang lelaki yang mempunyai penyakit hyperthymesia bercinta dengan seorang wanita yang hilang ingatan tentang perkara penting dalam hidupnya.

Kim Dong Wook akan membawakan watak Lee Jung Hoon dan Moon Ka Young akan memainkan watak Yeo Ha Jin.

Lee Jung Hoon bekerja sebagai juruhebah rancangan tv no.1 di Korea, “News Live”. Dengan kelebihan hyperthymesia dimilikinya, beliau mampu mengingati terlalu banyak kejadian di dalam sekelip mata saja yakni sebanyak 8760 sejam bersamaan dengan 365 hari dalam setahun. Yeo Ha Jin pula sebagai pelakon senior dengan lebih enam tahun pengalaman tetapi seringkali dikritik oleh netizen di atas lakonan ‘kayu’ yang dibawanya.

Apa yang menarik minat, ia juga merupakan drama pertama lakonan Lee Jin Hyuk sejak menyertai Produce X 101 dan berbekalkan pengalaman pernah menjadi pelakon kanak-kanak pada sekian masa dahulu, Lee Jin Hyuk akan menghiburkan penonton drama dengan gaya lakonan pula lain daripada apa yang dipersembahkannya di atas pentas.

MBC Memoir of the Man akan mendapatkan khidmat sutradara Oh Hyun Jong (MBC Two Cops) dan juga dua orang penulis skrip dengan salah seorangnya agak popular dengan naskah fantasi, iaitu Song Jae Jung (tvN “Memories of Alhambra”, tvN “9: Six Times Time Travel”, MBC “W: Two Worlds Apart”) manakala seorang lagi ialah Kim Yoon Joo, rakan penulis skripnya di dalam tvN “9: Six Times Time Travel” sebelum ini. MBC “Memoir of the Man” akan ditayangkan pada 18 Mac. “Memoir of a Man”  akan menggantikan “The Game : Towards Zero” dan akan ditayangkan di OhK TV Asia Ch 394 mulai 19 Mac bagi mengisi slot Khamis-Jumaat jam 7.50 malam.

9. Half of Half / A Piece of Your Mind (tvN)

“Half of a Half” adalah sebuah drama romantis cinta antara pereka program genius (artificial intelligence (AI) programmer) dan jurutera audio (classical recording engineer/audio engineer). Drama ini mengisahkan kisah cinta dari perspektif seorang lelaki yang percaya bahawa walaupun hanya terdapat ruang kecil buat dirinya dalam hati mereka yang penting baginya, itu sudah cukup dan memadai.

Jung Hae In (SBS “When You Were Sleeping”, JTBC “Something In The Rain”, MBC “Spring Night”) akan membawakan watak Ha Won, seorang programmer AI  yang merupakan pengasas dan ‘mastermind’ bagi sebuah portal yang dinamakan M&H. Walaupun Ha Won agak tegas dalam kerjanya, namun dia seorang yang baik hati dan sentiasa berfikiran rasional dalam tindak-tanduknya sehinggakan dia tidak pernah dilihat menjadi pemarah.

Watak Han Seo Woo, seorang jurutera audio atau jurutera audio rakaman klassik pula bakal dipegang oleh Chae Soo Bin (MBC “I am Not A Robot”, SBS “Where Stars Land”). Han Seo Woo merupakan seorang yang berfikiran optimistik biarpun kehidupannya tidaklah se-stabil mana kerana dia tidak mempunyai keluarga mahupun rumah kediaman. Dia seringkali menyelesaikan soalan berkaitan matematik ketika berdepan masalah sebagai satu inisiatif untuknya bertenang.

Lee Ha Naa yang terkenal sebagai pelakon tetap drama bersiri OCN Voice sebelum ini, akan memegang watak pekebun bernama Moon Soon Ho yang suka menanam pepohon debunga tapi obses kepada berat badan. Setiap kali berat badannya bertambah, Moon Soon Ho pasti berasa tak senang hati. Manakala, Kim Sung Kyu pula sebagai Kang In Wook, seorang pemain piano yang sering berhadapan dengan ketakutan diri sehingga dia sukar untuk menyerlahkan bakat terpendamnya. Bagaimana kedua-duanya berhubung kait dengan Ha Won juga sesuatu yang menarik untuk dikenalpastikan.

“Half of Half” adalah sebuah projek produksi Studio Dragon. Naskhahnya dihasilkan oleh penulis Lee Sook Yeon yang pernah menghasilkan skrip bagi drama “One Fine Spring Day” dan “On the Way to the Airport,”. PD Lee Sang Yeop pula akan memberikan sentuhan arahannya untuk drama ini yang sebelumnya pernah mengarahkan drama tvN “Familiar Wife.”

“Half of Half” akan menemui penonton mulai 23 Mac depan dan mengisi slot drama Isnin-Selasa jam 21.00 KST menerusi rangkaian tvN.

10.  Welcome (KBS)

KBS “Welcome” diadaptasikan daripada webtoon yang menggunakan judul yang sama, berkisarkan tentang seekor kucing yang berubah bentuknya kepada manusia serta mampu menjalani hidup sebagai kucing peliharaan dan juga manusia. L akan memegang watak kucing tersebut yang dinamakan sebagai Hong Jo yang akan menemani Seol Ah, pemilik kucing itu sewaktu dia kesepian dan bergelut dengan kesusahan hidup. Pemilihan L sebagai peneraju utama drama ini agak bertepatan kerana Myung Soo dilihat begitu menyayangi kucing.

Shin Ye Eun pula akan membawakan watak Kim Sol Ah, seorang wanita persia anak anjing yang berusia pertengahan 20a yang menyintai orang dan berusaha sebaik mungkin untuk melindungi orang di sekelilingnya. Kim Sol Ah adalah pekerja baru di sebuah syarikat reka bentuk visual yang mana dia mengimpikan untuk menjadi artis webtoon. Selepas memulakan kehidupan bersama Hong Jo, akhirnya hati Kim Sol Ah terbuka untuk menerimanya.

Skrip drama “Welcome” ini dinukilkan oleh Joo Hwa Mi, yang sebelum ini pernah menghasilkan naskhah tvN “Marriage, Not Dating” dan “Introverted Boss”. Manakala ia akan mendapat khidmat pengarah Ji Byung Hyun, yang sebelumnya pernah mengarahkan drama seperti KBS “Big” dan “House of Bluebird.”

“Welcome” akan disiarkan dirangkaian KBS mulai 25 Mac depan. Welcome” akan menggantikan drama “Forest”, dan akan disiarkan menerusi KBS World TV Ch 391 dan Ch 392HD pada 26 Mac setiap Khamis-Jumaat jam 9.10 malam.

11. The World of Husband and Wife / the world of married (JTBC)

‘The World of Husband and Wife’ berkisarkan tentang kehidupan rumahtangga orang kaya yang mulanya disangka terhasil dengan cinta, tapi rupanya hanya sangkaan palsu semata-mata. Kim Hee Ae akan membawakan watak seorang isteri yang mahu membalas dendam apabila mengetahui dirinya telah dikhianati.

Drama ini adalah mengenai kehidupan pasangan suami isteri yang musnah kerana pengkhianatan dan akibat dilanda badai cemburu, cinta dan benci. Kim Hee Ae membawakan watak Ji Sun Woo, seorang doktor keluarga, dan menjalani kehidupan yang sempurna dengan dikurniakan keluarga yang bahagia, suami yang setia serta seorang anak yang baik. Apabila keretakan perhubungan terjadi dalam kehidupan yang dirasakan bahagia, hidupnya mula berubah.

Manakala, Park Hae Joon membawakan watak Lee Tae O, suami kepada Ji Sun Woo. Lee Tae O, mengimpikan untuk bergelar pengarah filem yang terkenal. Dia menjalankan perniagaan berasakan hiburan dan disokong penuh oleh isterinya. Biarpun, Lee Tae O sangat menyayangi isterinya, tidak disangka dia jatuh dalam perhubungan yang membuatkannya mencurangi Jin Sun Woo.

jtbc “The World of Husband and Wife” bakal mendapat sentuhan pengarah yang pernah tercalon Best Director 7th CARI Kdrama Awards menerusi drama JTBC “Misty”, iaitu Mo Wan Il dan bakal ditulis oleh Joo Hyun (JTBC “Miss Temper & Nam Jum Gi”).

12. I’ve Returned After One Marriage / I Have Been There Once (SBS) [Lengthy Drama]

 

Drama ini berkisarkan tentang kisah penceraian keluarga Song yang berakhir dengan penemuan percintaan dan kasih sayang keluarga. Keluarga Song terdiri daripada si ayah yang kedekut, ibu yang comel tapi materialistik, dan empat orang anak dewasa yang masing-masing ada masalah sendiri serta masalah keluarga. Tajuk drama ini “I’ve Returned After One Marriage” dalam bahasa Korea yang diterjemahkan bermaksud “Saya pergi ke sana sekali dan kembali” di mana ia merupakan perumpamaan lain kepada penceraian di Korea.

Oh Yoon Ah akan membawa watak Song Ga Hee, bekas peramugari yang cantik di mana dia kembali ke kediaman keluarganya bersama seorang anak lelaki selepas bercerai. Manakala Lee Min Jung pula melakonkan watak sebagai Song Na Hee, adik kepada Song Ga Hee, seorang yang pintar dan bercita-cita tinggi. Song Na Hee merupakan bakal pakar pediatrik yang sentiasa berada dikedudukan teratas dikelasnya. Dia juga menyayangi dirinya sendiri melebihi dari dia menyayangi orang lain.

Lee Sang Yeob pula membawakan peranan Yoon Kyu Jin, suami kepada Song Na Hee dan merupakan seorang doktor perubatan dalaman di sebuah hospital pediatrik. Yoon Kyu Jin digambarkan seorang lelaki yang mempunyai rupa yang menawan, baik hati serta pandai berjenaka dan popular dikalangan rakan sekerja dan para pesakitnya. Dia dibesarkan dalam keluarga yang baik, tapi pernah sekali terjadi perkara yang paling berbahaya dalam hidupnya.

Yoon Kyu Jin dan Song Na Hee mula bertemu ketika di sekolah perubatan sebelum bertemu janji dan akhirnya berkahwin. Mereka kemudian bertugas di hospital yang sama.

Oh Dae Hwan pula akan membawakan watak  Song Joon Sun, abang sulung kepada Song Ga Hee dan Song Na Hee. Dia diibaratkan sebagai “stuntman kebal” dimana isterinya Sung Hyun Kyung (lakonan Im Jung Eun) menceraikannya kerana Song Joon Sun punya hutang yang banyak berbanding kesetiaannya. Song Joon Sun seorang lelaki yang positif dengan pesona yang menarik namun realitinya hambar.

Lee Cho Hee membawakan watak adik bongsu dalam keluarga Song, Song Dae Hee. Walaupun, dia seorang anak yang baik, namun dia punya kekurangan dari segi kekuatan fizikal, kecantikan dan kecerdasan berbanding adik-beradiknya yang lain. Dalam pada itu, Im Jung Eun akan bertukar menjadi Sung Hyun Kyung, bekas isteri Song Joon Sun. Setelah bercerai, dia membesarkan anak-anaknya sambil bekerja sebagai guru penulisan esei dalam menyara kehidupannya.

“I’ve Returned After One Marriage” akan diarahkan oleh by Lee Jae Sang, yang sebelum ini telah menggarap drama “Father is Strange,” dan skripnya ditulis oleh Yang Hee Seung, yang sebelumnya menghasilkan naskhah untuk drama “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo,” “Oh My Ghostess,” dan “Familiar Wife.” Drama ini  akan disiarkan mulai 29 Mac depan selepas berakhirnya tayangan “Beautiful Love Wonderful Life” bagi mengisi slot drama hujung minggu menerusi KBS World TV Astro Ch 391 dan Ch 392HD, jam 9.00 malam.

13. A Dangerous Promise (KBS) [lengthy drama]

“A Dangerous Promise” adalah sebuah drama bertemakan melodrama dan dendam yang mengisahkan tentang seorang gadis yang ditolak ke pinggir tebing sambil melawan orang yang tidak bersikap adil dan seorang lelaki yang tidak mengotakan janji dengannya. Lelaki tersebut kemudian memulakan kehidupan dengan mempunyai keluarga sendiri, namun bersatu semula selepas 7 tahun. Ini merupakan drama panjang yang akan disiarkan setiap hari di KBS.

Park Ha Na akan membawakan watak sebagai Cha Eun Dong, seorang gadis yang kehilangan segalanya hanya untuk menegakkan keadilan. Cha Eun Dong juga seorang yang setia yang tidak dapat mengabaikan nasib seseorang. Logik dengan mempunyai kuasa telah memusnahkan keluarganya dan sehingga dia dikhianati oleh satu-satunya orang dewasa yang dia percaya, lantas memutuskan untuk membalas dendam.

Ko Se Won pula akan membawakan peranan Kang Tae In yang terpaksa berkompromi dengan realiti untuk menyelamatkan keluarganya. Dia telah dinaikkan pangkat kepada jawatan eksekutif di sebuah syarikat besar dengan keupayaannya sendiri, tetapi meninggalkan prinsipnya untuk menyelamatkan keluarganya biarpun hanya sekali.

“A Dangerous Promise” akan mula bersiaran mulai 30 Mac ini dirangkaian KBS setiap Isnin hingga Jumaat.

 

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys!

loading...