Sunghoon ENHYPEN kembali hangat diperkatakan sebaik saja acara luncur ais berbunga bermula di Olimpik Beijing 2022

Sunghoon ENHYPEN kembali diperkatakan oleh netizen sebaik saja acara luncur ais berbunga bermula di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Sunghoon meluncur di atas gelanggang ais menggayakan seni acara luncur air berbunga itu.

Sunghoon yang merupakan bekas atlet luncur ais berbunga itu sejak berusia 8 tahun pada tahun 2010, menjadi buah mulut netizen baru-baru ini apabila sebilangan peminat kpop cuba membandingkan Sunghoon dengan dua orang prospek pingat emas acara itu nanti iaitu Yuzuru Hanyu dan Nathan Chen. Komen-komen mengenai Sunghoon berlegar-legar di klip video yang memaparkan atlet-atlet acara itu di laman Tiktok, Twitter dan Instagram. Sebagai rekod, Sunghoon pernah dipanggil bertanding hingga memenangi pingat emas di Lombardia Trophy dan menjulang pingat perak di Asian Figure Skating Trophy 2016-2017 sehingga digelar sebagai “Ice Prince”.

Baca lagi: 10 Artis Kpop ini merupakan bekas atlet sukan yang hebat sebelum menceburi bidang nyanyian sepenuh masa

Antara komen yang dapat dilihat di Tiktok
Komen dilihat di laman twitter pula.

Tindakan segelintir peminat itu bagaimanapun tidak senangi oleh penggemar tegar sukan berkenaan selepas Cha Jun Hwan, atlet Korea yang sebenar bertanding di dalam acara itu seolah-olah dipinggirkan. Malah, ada netizen yang membangkitkan semula skor kelayakan Sunghoon untuk membolehkannya menyertai kumpulan senior atlet itu tetapi sebaliknya yang berlalu apabila dia memutuskan untuk bergiat aktif sebagai penyanyi idol.

Cha Jun Hwan

Segelintir netizen lain pula cuba memperbetulkan semula tanggapan yang silap tentang Sunghoon dan menjelaskan bahawa kedua-dua Sunghoon dan Cha Jun Hwan menjadi mangsa kecaman tanpa sebab gara-gara kegilaan melampau terhadap penyanyi idol tersebut.

“Pencapaian skor terbaik Sunghoon ialah 163.75 mata berbanding Cha Jun Hwan yang memperolehi 229.14 mata. Kelayakan asal ialah berjumlah 145.55 mata. Park Sung Hoon pula pernah berdiri bersama di dalam satu podium bersama Cha Jung Hwan sebelum ini kerana bilangan atlet-atlet bertanding masa itu tidaklah banyak mana. Mungkin mereka tersalah faham berlakunya persaingan di antara kedua-duanya, jadi mereka sebarkan khabar angin,” ujar netizen itu di laman komuniti forum.

Dari kiri: Sunghoon dan Cha Jun Hwan ketika masih kecil.

” ‘Sunghoon pernah lebih baik daripada Cha Junhwan ketika junior’, Itu semua palsu. Cha Jung Hwan seorang yang berbakat hingga berjaya memecahkan rekod dunia ketika masih junior manakala kemahiran Sunghoon pula hanya di tangga terbawah di dalam senarai terbaik di peringkat domestik.  Menyebarkan cerita bahawa Sunghoon boleh terus menang pingat emas bila diterbangkan ke Beijing adalah persepsi delusi kebanyakan peminat. Diorang ingat ada ker peminat sukan terasa tergugat kerana penyanyi idol?,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Sunghoon sedang direhatkan selepas menjalani pembedahan rinitis kerana selesema teruk. Acara luncur ais berbunga kategori individu lelaki untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 ini akan bermula pada hari Selasa 8 Feb untuk program pendek dan bersambung kepada program luncur bebas pada 10 Feb kemudian.

Sumber: pann nate, Tiktok

loading...