SBS beli hak penyiaran drama, ‘The King : Monarch of Eternity’ gandingan Lee Min Ho, Kim Go Eun & Woo Do Hwan

Pihak produksi SBS telah berkenan untuk membeli hak penyiaran drama nukilan terbaru Kim Eun Sook, ‘The King : Monarch of Eternity’ yang akan menggandingkan Lee Min Ho, Kim Go Eun & Woo Do Hwan bersama. Ia juga membawa khabar gembira buat SBS apabila Kim Eun Sook memutuskan untuk kembali semula setelah hampir empat tahun ‘merajuk’ dengan syarikat penyiar tv tersebut.

Menurut jurucakap cenel SBS, “Drama Kim Eun Sook, ‘The King : Monarch of Eternity’ telah disahkan menerusi SBS untuk penyiaran pada pertengahan tahun hadapan.” SBS menjadi tempat Kim Eun Sook mula mencari rezekinya sebagai penulis skrip, pertama kali menerusi drama SBS South of Sun dan diakhiri dengan SBS The Heirs pada tahun 2013. Kesemua drama hitnya termasuklah Lovers In Paris, Lovers in Prague dan Secret Garden pernah diterbitkan menerusi cenel tersebut. Namun, apabila cadangannya untuk menulis drama berkisarkan kehidupan seorang askar telah mendapat tentangan daripada cenel SBS kerana dikhuatiri merugikan pihak produksi pada masa itu, Kim Eun Sook dikatakan merajuk dan berpaling kepada cenel lain sejak daripada itu. Dengan kembalinya Kim Eun Sook, ia menandakan bahawa hubungan Kim Eun Sook dan SBS telah berjaya dijernihkan semula.

“The King : Monarch of Eternity” ialah sebuah drama berkonsepkan dua dimensi dunia yang berbeza  antara Republik Korea dan juga negara dengan sistem monarki berpelembagaan. Lee Min Ho memegang watak sebagai maharaja Yigon yang menjualkan dirinya kepada syaitan untuk kekal berkuasa. Syaitan tersebut membuka dunia dari dimensi yang berbeza dan Yigon akan menyelinap masuk ke dunia dimensinya untuk menyamar dirinya yang lagi satu. Dunia dimensi tersebut dikatakan lebih indah berbanding dunia sebenar yang dialaminya. Kim Go Eun pula  akan memegang watak bernama Luna yang mempunyai identiti berbeza dari dua dimensi yang berlainan manakala Woo Do Hwan membawa watak Jo Eun Seob yang menjadi misteri setakat ini.  Luna digambarkan sebagai seorang penjenayah di dalam dunia monarki yang asal yang mungkin tidak disukai oleh Yigon. Adakah Yigon akan menemui Luna yang lain di dalam dimensi yang baru itu ? Sama-sama kita saksikan.

“The King : Monarch of Eternity” bakal diarahkan oleh Bae Sang Hoon, pengarah kedua KBS Descendants of The Sun,dan juga pengarah KBS Moonlight Drawn by Clouds setelah tiga kali berturut-turut bekerjasama dengan PD Lee Eun Book sebelum ini.

Sumber:  xsportnews , mediasr, mk star, soompi

loading...