/Nam Tae Hyun mengadu tertekan sehingga menangis, agensi pula komited untuk bagi sokongan penuh

Nam Tae Hyun mengadu tertekan sehingga menangis, agensi pula komited untuk bagi sokongan penuh

Netizen berasa bimbang dengan keadaan mental Nam Tae Hyun setelah penyanyi itu membuat video secara langsung di laman instagram-nya, mengadu tertekan sehingga menangis. Hal ini kerana kejadian tersebut mengingatkan mereka pada mendiang Goo Hara yang pernah menangis di hadapan netizen sebelum bertindak mencabut nyawanya beberapa minggu kemudian.

Sambil berlutut, Nam Tae Hyun dilihat merayu kepada netizen untuk memberikannya peluang sekali lagi. “Aku minta maaf kerana tak dapat nak layan korang. Band aku, the South Club sedang susah-payah hasilkan muzik baru tapi kami tak berjaya lagi setakat ini. Agensi kata ini salah kami,” kata Nam Tae Hyun sambil mengesatkan air matanya.

“Aku dah lama keluar dari WINNER dan aku rasa ia bukan keputusan baik. Aku minta maaf kerana pada mulanya aku begitu benci berada di dalamnya. Tapi, jangan bencikan aku. Hari-hari aku jadi takut sangat,” kata Nam Tae Hyun seakan-akan begitu kesal atas keputusannya meninggalkan WINNER kerana menginginkan dirinya lebih bebas berkarya.

Agensi P&B beberapa hari kemudian mengeluarkan kenyataan pada 12 Februari, menyatakan komited mereka untuk memberikan sokongan penuh pada Nam Tae Hyun. “Nam Tae Hyun kini sedang berusaha gigih menghasilkan muzik baru. Beliau sedang mengalami masalah dengan proses kreativiti sebagai seorang artis yang berkaya, maka tak semena-mena beliau menunjukkan emosi sewaktu mengadakan sesi video secara langsung bersama peminat.”

Sumber: sbsfune , chosun ilbo

Komentar

comments

loading...