Krisis tvN Crash Landing On You yang belum berakhir : Adakah Son Ye Jin akan ikut Hyun Bin pulang ke Korea Utara?

Drama tvN Crash Landing On You sememangnya mempunyai daya tarikannya sendiri selain berjaya meraih ‘ratings’ yang agak tinggi saban minggu. Kini sudah tiba masanya untuk ia melabuhkan tirai dengan dua episod terakhir yang ditayangkan pada malam ini dan juga hari esok.

Berbagai-bagai krisis dialami oleh kedua-dua orang pasangan dibelah dua ini sejak Yoon Se Ri (Son Ye Jin) pulang semula ke Korea Selatan. Keputusan yang diambil oleh Ri Jeong Hyuk (Hyun Bin) untuk menceroboh masuk negara jirannya, Korea Selatan bagi menyelamatkan wanita yang dikasihinya daripada dibunuh oleh Cho Geol Gang (Oh Man Seok) telah memakan dirinya  dilema samada mahu pulang ke tanah airnya semula ataupun mengkhianati negaranya lalu tinggal bersama-sama dengan Yoon Se Ri di Korea Selatan. Jika Ri Jeong Hyuk memilih untuk mengkhianati negara demi cinta terhadap seorang wanita, maka keluarga dan rakan-rakannya akan terbunuh. Manakala sekiranya Yoon Se Ri dibawa pula ke Korea Utara, kelibatnya akan membarahkan pergeseran politik antara ayah Ri Jeong Hyuk, Ri Chung Ryeol dengan ketua angkatan tentera Korea Utara. Baik mana keputusan sekalipun, ia tetap mendatangkan risiko.

Episod malam ini akan mengupas bagaimana Ri Jeong Hyuk bakal ‘terlepas’ daripada segerombolan pasukan NIS yang mengikutinya dalam menjejaki Cho Geol Gang. Dalam trailer dipersembahkan tadi, pasangan ini tampaknya terpaksa berpisah sekali lagi. Kedua-duanya dilihat sebak, mungkin kerana tak mampu lagi untuk berpisah buat selama-lamanya.

Bagi sesiapa mahu menonton drama tvN Crash Landing On You, boleh tontoninya di laman penstrimanan popular, Netflix, sejam selepas tayangan episod di Korea.

Gambar dikreditkan pada tvN.

Sumber: news1

loading...