Pelakon terkenal Korea didapati suntik badannya dengan dadah jenis propofol berulang-ulang kali

Seorang pelakon lelaki terkenal di Korea, A sedang disiasat kerana menyuntik badannya dengan dadah jenis propofol berulang-ulang kali atas nama adiknya.

Memetik laporan daripada Channel A pada 15 Februari 2020, pihak pendakwaraya telah berjaya menemui bukti keadaan di mana aktor A tersebut dan seseorang daripada agensi hiburan B telah  menyalahgunakan propofol di sebuah hospital pembedahan plastik di Gangnam, Seoul selama beberapa tahun. Sekurang-kurangnya A telah menyuntik badannya dengan dadah jenis itu sebanyak 10 kali. Hospital itu juga dikenali kerana menyediakan perkhidmatan propofol kepada golongan selebriti dan hartawan.

Pada tahun 2013 yang lalu, pelakon terkenal Park Si Yeon, Jang Mi Inae dan Lee Seung Yeon didakwa kerana menyalahguna propofol sesuka hati. Propofol selalu dijadikan sebagai ubat tidur dengan kebolehannya membangunkan penggunanya begitu cepat. Namun, penggunaannya tanpa kawalan sangat berbahaya kerana boleh merendahkan tekanan darah dan menyebabkan penggunanya sesak nafas.

Sumber: .channel A news

loading...