/Makanan satukan hati Song Seung Heon dan Son Ji Hye dalam drama terbaru MBC

Makanan satukan hati Song Seung Heon dan Son Ji Hye dalam drama terbaru MBC

Song Seung Heon akan kembali ke layar drama selepas drama “The Great Show” bersama dengan Seo Ji Hye. Nampaknya, Seo Ji Hye telah memilih projek terbaru selelas drama hit  “Crash Landing on You”!

Pada 13 Februari lepas, MBC telah mengesahkan bahawa Seo Ji Hye setuju untuk membintangi drama  “Shall We Eat Dinner Together?” (tajuk drama setakat ini) yang akan mengisi slot tayangan Isnin-Selasa sebagai teraju utama.

“Shall We Eat Dinner Together?” adalah karya berdasarkan satu webtoon dengan tajuk yang sama. Ia menceritakan kisah cinta antara seorang lelaki dan wanita yang serik untuk bercinta setelah berdepan dengan perpisahan yang perit. Setelah menikmati makan malam bersama, akhirnya luka lama semakin terubat dan mereka kembali merasai ni perasaan cinta. Mereka cuba mencari cinta kembali bermula dengan makanan.

Pada awal bulan ini, Song Seung Heon telah beri persetujuan untuk menerajui drama berkenaan. Song Seung Heon akan membawakan watak Kim Hae Kyung, seorang ahli psikiatri dan psikologi makanan yang menganalisis pesakit dengan menyaksikan mereka makan dan menggunakan cara yang luar biasa untuk merawat pesakitnya iaitu melalui makanan dan sajian makanan. Walaupun Kim Hae Kyung digambarkan sebagai seorang yang lemah lembut dan sopan ketika merawat pesakitnya, namun dia begitu jujur dan sangat tegas sehingga boleh menjadi kejam apabila mengkritik makanan.

Seo Ji Hye pula akan membawakan watak Woo Do Hee, seorang yang tidak lagi punya perasaan cinta apabila pernah gagal dalam percintaan.

Terdahulu, Son Naeun Apink dan Lee Ji Hoon juga dilaporkan sedang dalam proses perbincangan untuk membintangi drama ini.

Drama ini bakal mendapatkan khidmat pengarah (PD) Go Jae Hyun, yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Song Seung Heon dalam drama terdahulu iaitu “The Player” dan “Black,” manakala skripnya akan dihasilkan oleh Park Jae Bum, penulis disebalik drama hit  “The Fiery Priest.”

“Shall We Eat Dinner Together” dijangkakan bersiaran sekitar Mei depan selepas drama  “365: A Year Against Destiny” (tajuk setakat ini) berakhir.

Sumber : (1) |

Foto kredit seperti tertera

Komentar

comments

loading...