SBS “Stove League” berakhir dengan rekod terbaik dan JTBC “Itaewon Class” ikut serta catat tontonan tinggi

SBS “Stove League” telah melabuhkan episode terakhir di Korea pada semalam. Drama itu juga telah merekodkan tontonan tertinggi sepanjang bersiaran berikutan penamatan jalan ceritanya yang begitu baik serta menarik.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Nielsen Korea, “Stove League” mencatatkan purata tontonan diseluruh Korea pada 19.1% pada episode akhir, di mana menyaksikan peningkatan sebanyak 2.1% daripada catatan terbaik drama itu sebelumnya. Pada waktu kemuncak, drama ini melepasi sehingga 22.1%  dan dilaporkan sasaran penonton drama ini dalam lingkungan 20 – 49 tahun, kerana mereka merekodkan tontonan tertinggi sebanyak 10.7% .

Manakala, JTBC “Itaewon Class” terus mengekalkan momentum peningkatan penontonnya pada setiap episode. Pada tayangan Jumaat, drama itu berjaya merekodkan purata tontonan sebanyak 10.7%, angka tertinggi setakat ini di mana 1.3% kenaikan daripada episode lepas.

Channel A “Touch” hanya merekodkan 0.5% tontonan pada episode terbaru, pada siaran semalam.

Episode terakhir SBS “Stove League” boleh ditonton menerusi ONE TV Asia Ch 393 pada petang ini (15 Februari) jam 6.10 petang, manakala JTBC “Itaewon Class” boleh ditonton menerusi Netflix serta Channel A “Touch” boleh ditonton menerusi K-PLUS Asia juga setiap Sabtu dan Ahad jam 9.15 malam atau menerusi Astro Go.

Sumber : Hankyung

loading...