‘5NALLY’ buah tangan terbaru dan teristimewa dari AB6IX untuk para peminat

Weehuu, pastinya ini jadi berita gembira buat ABNEW (kelab peminat AB6IX). AB6IX telah meriliskan special digital EP mereka ‘5NALLY‘, pada 13 Februari. EP tersebut juga  turut mengandungi track solo daripada kelima-lima ahli kumpulan tersebut.

Untuk EP ‘5NALLY’ , abang sulung AB6IX iaitu Jeon Woong akan menyanyikan lagu solo yang berentak R&B  “Moondance“, diikuti oleh Kim Dong Hyun “More” dengan genre pop R&B. Komposer hebat kumpulan ini iaitu Lee Dae Hwi akan bekerjasama dengan FRANTS untuk “Rose, Scent, Kiss“, dan ketua kumpulan AB6IX, Lim Young Min mempertaruhkan bakatnya dalam penulisan lirik bagi lagu “Break Up” yang membawakan irama sentimental. Tidak dilupa, Park Woo Jin akan bergandingan dengan rakan sekumpulan, Lee Dae Hwi sebagai komposer untuk lagu yang akan mempamerkan kekuatan hip-hopnya dalam “Color Eye“. ‘5NALLY’ boleh didengar menerusi SPOTIFY dan APPLE MUSIC

Terbaru, muzik video pertama nyanyian Jeon Woong “Moondance” telah dikeluarkan. Jom kita saksikan.

Terdahulu, AB6IX yang dianggotai oleh Lim Young Min, Jeon Woong, Kim Dong Hyun, Park Woo Jin dan Lee Dae Hwi dijadualkan akan mengunjungi Kuala Lumpur pada 21 Mac depan, bertempat di Mega Star Arena anjuran SKNLive sempena ‘AB6IX 1ST WORLD TOUR <6IXENSE> DI KUALA LUMPUR.

Nah, ini antara foto ahli AB6IX untuk “5NALLY”

Buat ABNEW, selamat mendengar lagu-lagu terbaru AB6IX sebagai halwa telinga yang pasti menghiburkan.

loading...