Cubaan jelik menggodam akaun Instagram-nya, IU bagi amaran cukup-cukup terhadap netizen yang melampau

Pada 15 Februari hari ini, IU memberikan amaran terhadap mereka yang cuba menggodam kedua-dua akaun instagram-nya berdasarkan pemberitahuan-pemberitahuan yang diterimanya daripada sistem keselamatan akaun.

IU atau nama sebenarnya, Lee Ji Eun menulis menerusi insta story-nya, “Walaupun saya jarang mengakses akaun, tiba-tiba saya ikuti akaun seseorang yang saya tak tahu. Sebelum ini pun sama juga berlaku. Saya dapat berbagai-bagai pemberitahuan kerana seseorang telah menggodam akaun saya termasuklah akaun Jang Man Wol saya. Ini tak sepatutnya berlaku. Janganlah godam. Ini saya punya. Kalau dah sampai melampaui batas, itu sudah menceroboh. Beep.”

Walaubagaimanapun, disebalik amaran yang diberikan, IU tetap bersahaja dan sempat bergurau dengan mempamerkan sedikit keratan lirik daripada lagu popularnya, “BBIBBI”. Di samping itu, beliau juga berjanji akan mengeluarkan OST yang digarapnya buat pertama kali selepas beberapa tahun untuk drama korea, iaitu dijadikan sebagai runut lagu rasmi untuk tvN Crash Landing With You bermula jam 5.00 petang hari ini.

Sumber: instagram IU

loading...