[Update] Konsert GOT7, SEVENTEEN, Super Junior, Kim Jaejoong, dan beberapa lagi di Malaysia antara yang dibatalkan serta ditunda ekoran coronavirus

Berikutan dengan ancaman Coronavirus yang melanda dikebanyakkan negara terutamanya di negara-negara Asia termasuk Malaysia, beberapa konsert dan pertunjukkan di negara ini dibatalkan dan ada sesetengahnya ditunda.

Seventeen

Baru-baru ini, Pledis Entertainment selaku agensi kumpulan popular dari Korea Selatan, Seventeen,  dan penganjur iMe Malaysia telah mengambil keputusan untuk membatalkan siri jelajah Konsert Seventeen World Tour <Ode To You> In Kuala Lumpur.

Konsert berkenaan  dijadualkan berlangsung pada 22 Februari di Axiata Arena, Bukit Jalil dibatalkan demi keselamatan artis, kru dan para penonton. Pembatalan konsert tersebut tidak hanya melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, bahkan termasuk beberapa destinasi lain seperti di Taiwan, Madrid, Perancis, London dan Berlin juga dibatalkan.

Bagi peminat-peminat yang telah membeli tiket, penganjur akan mengembalikan semula wang mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai proses ‘refund’, sila teruskan mengikuti penganjur di platform media sosial di Facebook iMe MY, Twitter imemalaysia dan Instagram ime.malaysia .

Selain itu peminat juga boleh menghubungi  iMe Malaysia ditalian +603 2715 1843 atau feedback.ime.my@gmail.com atau talian TicketCharge +603 9222 8811 untuk mendapat keterangan lanjut.

TERKINI : KHALID <FREE SPIRIT> ASIA TOUR 2020 in KUALA LUMPUR  & KIM JAE jooNG ASIA TOUR CONCERT IN KUALA LUMPUR DITUNDA

Penganjur iMe Malaysia telah memaklumkan sebentar tadi bahawa, siri jelajah konsert Khalid <Free Spirit> Asia Tour 2020 in Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 4 April depan bertempat di Stadium Malawati ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

KHALID <FREE SPIRIT> ASIA TOUR 2020 KUALA LUMPUR𝗖𝗢𝗡𝗖𝗘𝗥𝗧 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗣𝗢𝗡𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗖𝗘Dear all audiences and working…

Posted by iMe MY on Thursday, February 13, 2020

Sebentar tadi, penganjur turut mengumumkan bahawa Kim Jae Joong 1st Asia Tour In Kuala Lumpur juga turut ditunda. Konsert Kim Jae Joong sepatutnya akan diadakan pada 14 Mac depan bertempat di Stadium Malawati. Ianya akan ditunda pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Untuk mengelakkan wabak coronavirus daripada terus tersebar, iMe Malaysia telah membuat persetujuan dengan pengurusan artis, C-JeS Entertainment, untuk menangguhkan konsert demi keselamatan dan kesihatan Artis, krew dan penonton kerana iti adalah keutamaan kedua-dua pihak.

Tidak hanya di Kuala Lumpur, siri jelajah Kim Jae Joong Asia Tour turut ditunda diseluruh Asia termasuk Thailand dan Jakarta.

Bagi peminat-peminat yang telah membeli tiket menerusi TicketCharge, mereka akan mengembalikan semula wang kepada semua pembeli. Hal ini kerana, tiket-tiket sedia ada tidak lagi sah untuk digunakan pada konsert akan datang dan peminat perlu membeli tiket yang baru. Untuk maklumat lanjut mengenai proses ‘refund’, sila teruskan mengikuti penganjur di platform media sosial di Facebook iMe MY, Twitter imemalaysia dan Instagram ime.malaysia ataupun Facebook TicketCharge

Selain itu peminat juga boleh menghubungi  iMe Malaysia ditalian +603 2715 1843 atau feedback.ime.my@gmail.com atau talian TicketCharge +603 9222 8811 untuk mendapat keterangan lanjut.

SUPER JUNIOR, KENNY G,  miriam yeung & GOT7

KONSERT artis popular Korea Selatan, Super Junior World Tour – Super Show 8 : Infinite Time In Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung pada 1 Mac ini di Axiata Arena, Bukit Jalil ditunda ke satu tarikh lain.

Selain Konsert Super Junior, konsert lagenda pemain saxophone dan juga pemenang anugerah Grammy, Kenny G, turut ditunda. Kenny G Concert Live In Malaysia dijadualkan pada 16 Februari ini bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting akan ditunda pada 18 Oktober depan ditempat yang sama.

 

Berikut, adalah maklumat terkini berkaitan Konsert Kenny G di Malaysia

KENNY G LIVE IN MALAYSIA 2020 – New Show Date Released! Kenny G show which was originally scheduled on 16 February…

Posted by StarPlanet 星艺娱乐 on Monday, February 17, 2020

Dalam pada itu, siri jelajah penyanyi serta pelakon popular Hong Kong,  Miriam Yeung juga anjuran Star Planet turut ditunda. Miriam Yeung “My Beautiful Live” World Tour in Kuala Lumpur 2020, yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mac depan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sebagaimana penganjur lain, penganjur konsert ini, iaitu Star Planet turut mengambil langkah berhati-hati susulan ancaman wabak koronavirus ketika ini.

Penangguhan ini dibuat sebagai melindungi kesihatan dan keselamatan artis, penghibur, orang ramai dan kakitangan. Keputusan ini sepakat dibuat untuk menurut arahan pihak kesihatan berwajib dan usaha seluruh dunia mencegah wabak dari terus merebak.

“Keputusan itu juga diambil disebabkan sekatan perjalanan dikuatkuasa yang menyebabkan impak tidak diduga terhadap logistik global sehingga memberi kesan kepada proses penghantaran peralatan,” demikian kenyataan penganjur.

Menurut kenyataan itu, tiket yang sudah dibeli untuk konsert berkenaan masih lagi sah dan penganjur memohon maaf atas kesulitan berlaku.

“Semua tiket yang sudah dibeli masih sah selepas penundaan ini. Peminat dinasihatkan untuk menyimpan tiket dan mengikuti pengumuman susulan di laman web Star Planet,” katanya.

Penganjur juga meminta pembeli tiket yang mahu wang mereka dikembalikan supaya menghubungi Star Planet di talian 03 9223 3667 atau layari laman web www.starplanet.com.my untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh ikuti mereka di Facebook StarPlanet

GOT7

Bagaimanapun ianya sedikit berbeza dengan penganjuran GOT7 2020 World Tour ‘Keep Spinning’ In Kuala Lumpur, di mana ianya telah pun dibatalkan. Siri jelajah GOT7 ‘Keep Spinning’ 2020 dijadualkan pada 7 Mac depan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Mungkin, ianya akan mengecewakan segelintir peminat yang telah menantikan kehadiran mereka untuk sekian lama.

Namun, disebabkan wabak coronavirus semakin merebak dan mengancam kesihatan orang ramai, kedua-dua pihak bersetuju untuk membatalkannya. Kesihatan dan keselamatan orang awam adalah fokus utama agensi pengurusan artis dan pihak penganjur buat masa ini.

Bagaimanapun, segala urusan pengembalian wang tiket, boleh dirujuk seperti dinyatakan di atas.

Jay Chou

Selain itu, penyanyi Taiwan, Jay Chou yang dijadualkan mengadakan persembahan pada 29 Februari di Stadium Nasional Bukit Jalil turut menunda tarikh persembahannya pada  22 Ogos nanti.

“Kami memahami ada antara peminat yang tidak akan dapat menghadiri konsert yang ditetapkan pada tarikh baharu, jadi bagi yang mahukan wang dikembalikan boleh berbuat demikian dari 13 hingga 17 Februari nanti,” kata wakil penganjur, GHY Culture & Media.

Tiket-tiket yang dibeli menerusi Ticketcharge akan kekal sah sehingga tarikh baru konsert tersebut. Kami juga memahami ada diantara pemegang tiket berkemungkinan tidak dapat menghadiri konsert berkenaan ekoran perubahan tarikh, jadi mereka boleh mendapatkan semula wang mereka bermula 13 Februari sehingga 27 Februari 2020. Proses ini adalah tertakluk pada mereka yang membeli tiket menerusi TicketCharge sahaja.

Untuk proses pengembalian semula wang, anda boleh merujuk link yang disertakan di bawah.

Refund policy:
http://bit.ly/TCJayChou_RefundPolicy
Refund form:
http://bit.ly/TCJayChou2020_RefundForm

Rockaway Festival 2020

Rockaway Festival 2020 juga turut ditunda berikutan ancaman wabak coronavirus dan demi mengutamakan keselamatan para artis, kru serta para penonton. Festival berkenaan akan diadakan pada satu tarikh yang akan diumumkan oleh pihak penganjur dikemudian hari.

ROCKAWAY FESTIVAL 2020 – POSTPONEMENT ANNOUNCEMENTThe health and safety of our artists, festival-goers and everyone…

Posted by Rockaway Festival on Tuesday, February 11, 2020

Apapun, semoga anda semua utamakan keselamatan. Kurangkan aktiviti luar dan kami akan kemaskini perkembangan event-event di Malaysia yang mungkin ditunda atau dibatalkan kelak.