/Tak sabar nak bertaekwando, Kim Yo Han ‘belanja’ muka sememehnya dulu di depan peminat

Tak sabar nak bertaekwando, Kim Yo Han ‘belanja’ muka sememehnya dulu di depan peminat

Kim Yo Han tak pernah lekang daripada menghiburkan peminatnya di laman instagrm-nya.

Bekas ahli kumpulan X1 itu memuatnaik dua gambarnya berpakaian taekwondo sambil menayangkan muka sememehnya di hadapan peminat. Khabarnya gambar-gambar itu diambil ketika Kim Yo Han dalam bilik penantian untuk melakukan penggambaran drama KBS “School 2020”.

“School 2020” adalah sekuel kelapan siri drama “School” sejak disiarkan mulai tahun 1999. Kim Yo Han dikatakan menerima tawaran untuk membawakan watak Kim Tae Jin, bekas atlet taekwondo yang telah memenangi pingat gangsa kategori junior ketika mewakili Festival Sukan Kebangsaan Korea. Setelah berdepan kecederaan dibuku lali dan kegagalan perniagaan ayahnya, Kim Tae Jin berhenti dari sukan taekwondo serta ditukarkan ke sekolah vokasional. Walaupun tindak tanduk serta percakapannya seperti orang dewasa, dia sebenarnya seorang pelajar yang baik yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan gadis kesukaannya.

Sumber: chosun ilbo

Komentar

comments

loading...