Terharu Parasite menang Best Picture Oscar, Choi Woo Shik diusik Park Seo Joon kerana menangis depan penonton

Kesemua selebriti Korea tidak dapat melepaskan perasaan terharu mereka apabila menyaksikan filem terbitan Korea, ‘Parasite’ diangkat sebagai pemenang Best Picture Oscar ke-92 sekaligus melakar kejayaan bersejarah di anugerah perfileman paling berprestij di dunia itu.

Antaranya, Park Seo Joon yang juga merupakan salah seorang pelakon tambahan yang membuat kemunculan istimewa di dalam filem itu sebagai rakan kepada Choi Woo Shik lalu  menawarkannya untuk bekerja sebagai tutor di rumah orang kaya. Tidak menyangka ‘Parasite’ mampu membolot Best Picture, Park Seo Joon sempat menangkap imej Choi Woo Shik ketika memuatnaik video kemenangan bersejarah ‘Parasite’ ke dalam laman instagram-nya.

“Sejujurnya, aku ternampak kau tengah menangis sekarang..”, tulis Park Seo Joon sebagai satu kapsyen kepada gambar Choi Woo Shik yang telah ditangkap dan dimuatnaiknya itu. Park Seo Joon dan Choi Woo Shik, serta dua lagi rakan mereka yang lain iaitu Park Hyung Shik dan Taehyung BTS dikenali kerana bersahabat baik antara satu sama lain dan mereka selalu dilihat keluar bersama.

Dalam pada itu, sebahagian netizen juga sempat mengusik Park Seo Joon dengan berkata, “Macammana kau sanggup tinggalkan kawan itu dan lari ke luar negara? Pasti kau kesal sekarang” dan dibalas dengan komentar lain, “Kalau dia tak pergi ke luar negara, filem pun takkan siap lah.” Tambahan lagi, Park Seo Joon juga baru-baru ini pernah menjengah kawan baiknya itu di Los Angeles ketika sesi promosi filem Parasite, namun terpaksa pulang semula untuk meneruskan penggambaran drama jtbc Itaewon Class. Sementera itu juga, Park Hyung Shik sempat menitipkan komen di bawahnya sambil berkata, “Aku tersangat bangga.”

Parasite berkisarkan tentang sekeluarga orang miskin yang menyusup masuk ke dalam rumah kaya bagi mengecapi kekayaan dimiliki oleh mereka dengan cara menipu. Parasite membawa pulang kesemua trofi berharga termasuklah Best Picture, Best Director, Best Original Screenplay dan Best International Film di dalam anugerah Oskar ke-92 yang ditayangkan semalam.

Sumber: instagram Park Seo Joon, sport chosun

loading...