Moon Ga Young jadi surihati buat Yeo Jin Goo di dalam drama romantik terbaru tvN Link

May be an image of 2 people

Yeo Jin Goo akan Moon Ga Young akan disatukan untuk drama romantik terbaru terbitan tvN berjudul “Link: Eat and Love To Kill”.

“Link” berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Eun Gye Hoon, tukang masak sous yang mempunyai kemahiran memasak setara dengan kekacakan wajahnya selain suara yang sedap. Pada suatu hari, Eun Gye Hoon dapat merasakan berbagai-bagai emosi yang tidak pernah dikecapinya selama ini, ketawa dan menangis tiba-tiba, yakni emosi berkenaan rupanya dicedok daripada seseorang gadis bernama Noh Da Hyun. Noh Da Yun perlu mencari kerja setelah dibebel oleh maknya, namun nasib hidupnya tidak begitu baik sehingga sesuatu kejadian pelik berlaku apabila emosinya dipindahkan kepada seorang lelaki tak dikenali.

Yeo Jin Goo akan Moon Ga Young maisng-masing akan membawakan watak sebagai Eun Gye Hoon dan Noh Da Hyun, yang akhirnya menjadi pasangan kekasih.

tvN Link merupakan gandingan pertama kedua-dua pelakon ini sejak KBS The Reputable Family di mana mereka pernah membintanginya sebagai pelakon kanak-kanak. tvN Link bakal menjadi drama romantik gandingan Yeo Jin Goo dan Moon Ga Young masing-masing selepas tvN Hotel del Luna dan tvN True Beauty, yang membuatkan nama mereka amat dikenali di peringkat antarabangsa.

tvN Link yang bakal mendapat sutradara Hong Jong Chan (tvN Dear My Friends) dan penulis skrip Kwon Ki Young (KBS Hello Monsters), telah dicadangkan untuk penyiaran menjelang pada pertengahan tahun 2022.

Sumber: sport khan

loading...