Parasite lakar sejarah filem bukan English pertama menang Best Picture Oscar sejak 92 tahun ditubuhkan

Setelah mencipta sejarah sebagai filem Korea pertama berjaya menembusi beberapa pencalonan terpenting di dalam anugerah Oskar ke-92 termasuklah empat kategori utama seperti Best Picture, Best Director, Best Original Screenplay dan Best Foreign Language Film (Best International Feature Film), kali ini Parasite membawa pulang kesemua trofi berharga daripada anugerah perfileman yang paling berprestij di dunia itu termasuklah Best Picture, Best Director, Best Original Screenplay dan Best International Film.

Parasite yang diangkat sebagai pemenang Best Picture Oscar ke-92, telah melakar sejarah filem bukan bahasa Inggeris pertama memenangi Best Picture Oscar sejak 92 tahun ditubuhkan. Filem Parasite membuat kejutan bersejarah di anugerah itu sebentar tadi apabila Bong Joon Hoo dinobatkan sebagai pemenang Best Director Oscar mengatasi pesaingnya yang terdekat, Sam Mendes (“1917”) apabila hampir kesemua organisasi perfileman sebelum ini termasuklah Director Guilds of America (DGA) telah menamakan Sam Mendes sebagai pemenang sebaliknya. Sewaktu menerima trofi Best Director, Bong Joon Ho turut menamakan Martin Scorsese sebagai sumber inspirasinya ketika beliau masih kecil lagi selain menghargai jasa Quentin Tarantino (Once Upon A Time In Hollywood) yang telah memperkenalkan karya-karya beliau dalam kalangan seniman di Barat. Umum diketahui, Quentin Tarantino merupakan pengkagum karya-karya arahan beliau setelah meletakkan filem Memories of Murders dan Host sebagai antara filem terbaik sepanjang zaman pilihannya.

Kesemua kategori yang tercalon terutamanya Best International Feature Film merupakan yang kali pertama buat negara Korea itu sepanjang lebih 30 karya yang telah dihantar sejak tahun 1962 lagi apabila beberapa percubaan mereka sebelum ini semuanya tidak berhasil. Selain empat kategori tersebut, Parasite turut tercalon untuk Best Production Design dan Best Film Editing menjadikan kesemua pencalonan yang diterima adalah sebanyak enam kategori. Malah, pengarah Bong Joon Ho yang juga bersaing dengan pengarah veteran Quentin Tarantino (Once Upon A Time In Hollywood), Sam Mendes (1917), Martin Scorsese (The Irishman), dan Todd Philips (Joker) di dalam kategori Best Director, menjadikan beliau pengarah Asia ke-3 selepas Hiroshi Teshigahara, Akira Kurosawa dan Ang Lee pernah menerima pencalonan Oscar untuk kategori berprestij tersebut di samping pemenang Asia kedua selepas Ang Lee.

loading...