Kim Soo Hyun akhirnya akan kembali terajui drama terbaru tvN

Yass, akhirnya Kim Soo Hyun akan kembali sebagai teraju utama drama dalam tempoh lima tahun. Nampaknya, penantian peminat untuk sekian lama akhirnya akan jadi realiti!

Pada 7 Februari, tvN telah mengesahkan bahawa pelakon tampan ini akan membintangi drama terbaru mereka “Psycho But It’s Okay” (tajuk drama setakat masa ini). Biarpun pernah buat kemunculan istimewa dalam drama tvN “Hotel Del Luna” dan “Crash Landing on You” sejak tamat khidmat tentera pada Julai lepas, namun “Psycho But It’s Okay” akan jadi titik tolak Kim Soo Hyun menerajui semula drama sejak membintangi drama terakhirnya “Producer” pada 2015.

Drama ini digambarkan sebagai mengubati kisah cinta / romantis penyembuhan yang menyerupai fantasi buku cerita. “Psycho But It’s Okay” mengisahkan tentang petugas komuniti kesihatan di wad psikiatriyang tidak mempunyai masa untuk bercinta dan seorang penulis buku cerita yang tidak mengenal ertinya cinta kerana dilahirkan tidak sempurna. Selepas keduanya bertemu, mereka cuba untuk menyembuhkan emosi yang terluka antara satu sama lain.

Kim Soo Hyun  akan membawakan peranan sebagai petugas komuniti kesihatan yang bernama Moon Kang Tae yang kehilangan ibu dan ayah tersayang sedari kecil. Disebabkan itu, Moon Kang Tae menjadi tulang belakang keluarganya diusia yang muda. Dia telah menghabiskan seluruh hidupnya untuk menjaga abangnya yang berada dalam keadaan spektrum autisme, dan dia sentiasa fokus untuk mendapatkan wang yang mencukupi untuk membiayai makan dan tempat tinggal mereka. Penat lelah akan tekanan yang perlu dihadapinya setiap hari, Moon Kang Tae tidak punya impian atau harapan yang besar dalam hidupnya yang mungkin hidupnya akan berubah di masa depan.

“Psycho But It’s Okay” akan mendapat khidmat  Park Shin Woo, pengarah disebalik drama hit  “Encounter” dan “Don’t Dare to Dream (Jealousy Incarnate).” Terdahulu, aktress Seo Ye Ji disahkan telah ditawarkan watak heroin namun masih lagi dalam proses perbincangan. Drama ini dijangka akan bersiaran pada setengah tahun pertama tahun ini.

Pasti peminat Kim Soo Hyun tidak sabar menantikan drama terbaru pelakon ini kan. Sabar ya semua!

Sumber : Heraldpop | Hankyung

loading...