Kangta (H.O.T) dan Jung Yu Mi akhirnya benar-benar bercinta

 

Akhirnya terbukti benar, Kangta H.O.T dan pelakon Jung Yu Mi kini sedang hangat bercinta.

Pada musim panas yang lepas, khabar angin bertiupan yang mendakwa keduanya bercinta. Namun, dalam masa yang sama kedua-dua agensi Kangta dan Jung Yu Mi menafikan gosip tersebut, tetapi kini mereka mengesahkan keduanya memang bercinta.

Pada 4 Februari, agensi Kangta, SM Entertainment memberitahu MyDaily, “Keduanya kini sedang bahagia dalam frasa bercinta.” Begitu juga dengan agensi Jung Yu Mi, Ace Fatory turut menyatakan, “Keduanya bermula dari hubungan senior-junior dan baru-baru ini mereka bersedia untuk memulakan hubungan yang romantik.”

Desas-desus terbaru bermula setelah Kangta dan Jung Yu Mi berada dalam siaran radio bersama-sama. Mereka kemudian dilihat berjalan-jalan bersama selepas siaran radio tersebut. Menurut saksi pada masa itu, kedua-dua mereka dilihat sangat menikmati momen ketika mereka bersama dan disebabkan keduanya mula digosipkan bercinta.

Tahniah Kangta dan Jung Yu Mi. Semoga percintaan ini berkekalan ya!

Sumber :  1 | 2

loading...