Pelakon Sung Joon akhirnya dedah sudah berkahwin dan bergelar bapa

Biarpun agak lambat, namun akhirnya pelakon Sung Joon mendedahkan bahawa dia kini sudahpun bergelar seorang suami dan bapa.

Pada 3 Februari, agensinya telah berkongsi sekeping surat tulisan tangan Sung Joon untuk peminatnya. Dalam surat tersebut, dia telah memberitahu bahawa dirinya telah berkahwin dengan teman wanita bukan dari kalangan selebriti sebelum mendaftar masuk khidmat tenteranya pasa Disember 2018.

Antara lain yang terkandung dalam surat tersebut berbunyi seperti berikut:

Hello, ini pelakon Sung Joon, dan ini kali pertama dalam tempoh yang agak lama saya menyapa anda semua. 

Saya tidak begitu bagus mengekspresikan diri saya melalui kata-kata, tetapi selepas berfikir panjang mengenai perkara yang ingin saya memberitahu anda  mengenai kisah peribadi saya, akhirnya saya membuat keputusan untuk memulakan menulis.

Pada masa ini, saya masih lagi berkhidmat sebagai askar di Kem Ketenteraan Korea Selatan selama lebih setahun.

Sekitar masa pendaftaran saya, satu perubahan besar dan menggembirakan terjadi hidup saya.  Saya menemui seseorang yang saya cinta di mana saya ingin menghabiskan masa sepanjang hayat bersamanya. Sewaktu kami merancang perkahwinan kami, kami dapat perkhabaran gembira bahawa kami akan menerima kehadiran cahaya mata kami. 

Kami sangat gembira, dan merasakan ianya adalah satu keajaiban serta rahmat dari tuhan. Tetapi saya mendaftar masuk untuk jalani khidmat tentera tidak lama kemudian, namun saya perlu mengutamakan perlindungan terhadap dua orang yang paling berharga dalam hidup saya. Jadi proses perundangan untuk perkahwinan dilakukan secepat mungkin, dan kami tidak mengadakan sebarang majlis perkahwinan untuk para jemputan. Pada saya, ini adalah yang terbaik saya lakukan sementelah saya perlu mendaftar masuk tentera dalam masa terdekat. 

Kemudian setahun berlalu, dan baru-baru ini, saya bimbang tentang isteri saya, yang telah melakukan segala-galanya sendirian tanpa saya, jadi saya memohon pertukaran perkhidmatan. Baru-baru ini, saya telah pun rmemulakan perkhidmatan ketenteraan saya sebagai pekerja tentera biasa [tentera yang boleh berkhidmat pada siang hari, kemudian pulang ke rumah pada waktu malam].

Disebabkan ini kali pertama saya, saya sedar saya ketua keluarga yang tidak berpengalaman. Jadi, saya ingin berada dekat dengan mereka dan menjaga mereka, dan kerana ini saya ingin memberitahu anda secara jujur ​​tentang kisah peribadi saya juga, biarpun agar terlewat. Walaupun ianya satu berita yang gembira, saya  ralat tidak memberitahu anda lebih awal  dan saya akan sangat gembira jika anda dapat memahami situasi saya kini dan  dan keinginan saya untuk menjadi seorang ketua keluarga yang baik

Selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraan saya, saya akan kembali sebagai pelakon Sung Joon dan ketua keluarga, dengan imej yang lebih kuat dan lebih matang daripada sekarang.

Dengan permulaan baru tahun 2020, sila menantikan lebih banyak perubahan, dan saya akan berusaha keras.

Terima kasih. 

Sementara itu, Sung Jae dikenali sebagai menerusi drama seperti “Shut Up Flower Boy Band,” “Can We Get Married,” dan “Gu Family Book.”

  • Sumber : 1
loading...