Jisoo Blackpink & Kim Hye Yoon akan bergandingan sama sebagai heroin buat pertama kali untuk jtbc Snowdrop arahan terbaru PD SKY Castle?

Image may contain: 2 people

Khabar angin selama ini yang menyebut bahawa Jisoo Blackpink tidak mahu lagi mempertimbangkan sebarang kemungkinan untuk berlakon semula, ternyata silap belaka.

Jisoo Blackpink telah pun mengesahkan tawaran lakonan sebagai pelakon utama untuk drama terbaru terbitan jtbc, ‘Moondrop’. yang mendapat arahan sutradara dan penulis skrip Sky Castle, yakni Jo Hyun Tak dan Yoon Hyu Mi. Tiada maklumat lanjut mengenai sinopsis drama ini melainkan berita tawaran lakonan juga pernah diberikan pada pelakon Kim Hye Yoon, yang masih lagi mempertimbangkan kemunculannya. Ternyata ianya bukan ironi kedua-dua pelakon perempuan memegang watak heroin di dalam drama memandangkan Sky Castle sebelum ini juga dibarisi lebih daripada seorang pelakon utama.

Jisoo yang memulakan kerjaya lakonannya di dalam drama KBS The Producers dan pernah membuat cameo di dalam tvN Arthdal Chronicles, difahamkan akan memegang watak utama drama buat pertama kali di dalam sejarah kerjaya lakonannya. Jisoo kini sedang bergiat aktif mempromosikan album studio ‘debut’ Blackpink yang bakal dikeluarkan menjelang 2 Oktober 2020 ini.

Sumber: hankookilbo

loading...