Konsert Winner di Singapura antara ‘event’ selebriti Korea di Asia yang dibatalkan ekoran coronavirus

Novel Coronavirus atau nCOV sekali lagi buat ramai orang begitu prihatin dan mengutamakan kesihatan masing-masing. Oleh itu, beberapa lagi event Korea telah dibatalkan disebabkan oleh kebimbangan mengenai potensi penyebaran coronavirus

YG Entertainment telah mengumumkan bahawa konsert WINNER pada 8 Februari ini di Singapura dan konsert AKMU di Changwon Korea pada 8 dan 9 Februari telah dibatalkan sebagai langkah melindungi keselamatan kesihatan untuk artis dan juga para peminat. Mereka juga memohon maaf kepada peminat yang telah membeli tiket dan akan berkongsi mengenai perancangan untuk proses bayaran balik sepenuhnya. Agensi itu menyatakan bahawa mungkin ada perubahan kepada konsert lain yang telah dirancang.

Fan Meeting Kim Woo Seok pada 22 Februari depan di Seoul telah ditunda berikutan tempat acara tersebut telah membatalkan kesemua acara sepanjang bulan ini. Agensinya TOP Media sebelumnya telah mengumumkan penjualan tiket ditunda berikutan isu coronavirus. Agensi tersebut juga akan mengumumkan tarikh dan lokasi terbaru pada masa depan.

Sidang akbar drama terbaru Netflix  “My Holo Love,” dirancang pada 4 Februari, tidak akan diadakan dengan jemputan para media dan hanya disiarkan secara online sahaja. Barisan pelakon seperti Yoon Hyun Min dan Go Sung Hee akan hadir bersama pengarah Lee Sang Yeop dan penulis skrip Ryu Yong Jae.

Drama terbaru tvN “The Cursed” juga turut membatalkan sidang media mereka pada 4 Februari dan akan mengadakannya secara langsung menerusi atas talian. Pelakon Uhm Ji Won, Sung Dong Il, Jo Min Soo, dan Jung Ji So disamping pengarah Kim Yong Wan serta penulis skrip Yeon Sang Ho akan menghadiri sidang media tersebut.

Anugerah Filem Daejong kali ke 56, yang pada asalnya diadakan pada 25 Februari depan, telah ditunda juga berikutan dengan kebimbangan mengenai coronavirus.

Pada 4 Februari, penganjur memberitahu, “Oleh kerana keprihatinan umum mengenai coronavirus semakin meningkat, kami ambil keputusan untuk menunda majlis anugerah atas faktor keselamatan para hadirin dan artis.” Tarikh baru bagi anugerah ini belum lagi diputuskan.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |

loading...