Parasite cipta sejarah filem Korea pertama tercalon Best Picture & Best Foreign Language Anugerah Oscar ke-92

Filem Parasite arahan Bong Joon Ho melakar sejarah sebagai filem Korea pertama berjaya menembusi beberapa pencalonan terpenting di dalam anugerah Oskar ke-92 termasuklah empat kategori utama seperti Best Picture, Best Director, Best Original Screenplay dan Best Foreign Language Film (Best International Feature Film).

Kesemua kategori yang tercalon terutamanya Best International Feature Film merupakan yang kali pertama buat negara Korea itu sepanjang lebih 30 karya yang telah dihantar sejak tahun 1962 lagi apabila beberapa percubaan mereka sebelum ini semuanya tidak berhasil. Selain empat kategori tersebut, Parasite turut tercalon untuk Best Production Design dan Best Film Editing menjadikan kesemua pencalonan yang diterima adalah sebanyak enam kategori. Malah, pengarah Bong Joon Ho juga akan bersaing dengan pengarah veteran Quentin Tarantino (Once Upon A Time In Hollywood), yang juga pengkagum karya-karya arahan beliau, Sam Mendes (1917), Martin Scorsese (The Irishman), dan Todd Philips (Joker) di dalam kategori Best Director, menjadikan beliau pengarah Asia ke-3 selepas Hiroshi Teshigahara, Akira Kurosawa dan Ang Lee pernah menerima pencalonan Oscar untuk kategori berprestij tersebut.

Anugerah Oskar ke-92 akan ditayangkan pada 9 Februari 2020 depan dan boleh ditonton menerusi rangkaian tv ABC.

loading...