JTBC ‘SKY Castle’ menang drama siri terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke 24

Drama JTBC “SKY Castle” nampaknya sekali lagi mencipta pencapaian yang sangat membanggakan!

Pada 11 Januari, drama “SKY Castle” telah memenangi Best Drama Series di Anugerah Televisyen Asia ke 24 (24th Asian Television Awards) yang telah diadakan di Manila, Filipina. Terdahulu, pada 2019 drama tayangan dari rangkaian JTBC juga telah memenangi anugerah bagi kategori sama menerusi “Pretty Noona Who Buys Me Food” pada 2019 sekaligus jadi pemegang anugerah buat kali kedua berturut-turut.

Chief Producer (CP) Kim Ji Yeon telah menerima anugerah tersebut dan turut menyatakan, “Penulis skrip drama ‘SKY Castle’ iaitu Yoo Hyun Mi berkata, ‘Saya ingin menyelamatkan sekurang-kurangnya seorang anak yang mahu mengambil tindakan drastik ekoran berdepan dengan persekitaran masalah peperiksaan kemasukan ke sesuatu organisasi.’ Disebabkan itu, saya harap ramai lagi penonton yang akan menonton ‘SKY Castle.’ Ini merupakan satu penghormatan kerana drama ini telah diperakui serta mendapat perhatian penonton buka sahaja di Korea malah diseluruh Asia. Saya ingin berterimakasih kepada swmua penonton Asia yang menyintai drama-drama Korea.”

“SKY Castle” adalah sebuah drama yang menceritakan tentang 0.1% sekumpulan wanita kelas atasan dan pertelingkahan, permusuhan serta ketamakan sesama mereka. Pada 19 Januari 2019, drama ini telah mendapat tontonan sebanyak 22.3%, sekaligus mencatatkan tontonan tertinggi dalam sejarah tayangan rangkaian tv kabel. Drama ini terus memecah rekod tontonannya tersendiri sehingga episode terakhirnya dengan rating 23.78% tontonan. “SKY Castle” juga dianggap sebagai drama paling baik (buzzworthy) tahun 2019 oleh Good Data Corporation

Terdahulu pada 10 Januari, CEO JTBC Kim Yong Dal turut menyampaikan anugerah bagi empat kategori di Anugerah TV Asia, termasuk anugerah Cable & Satellite Channel of the year yang telah dimenangi JTBC pada tahun lepas. JTBC merupakan satu-satunya rangkaian tv kabel Korea yang telah memenangi empat anugerah termasuk hadiah utama di Anugerah TV Asia.

Anugerah TV Asia yang turut dikenali sebagai  “The Emmys of Asia,” telah diperkenalkan pada 1996. Anugerah berprestij ini anjuran Anugerah Universal, dan setiap tahun, sekitar 60 hakim memilih penyampai dan pemenang melalui proses yang ketat. Pada tahun ini, kira-kira 300 pegawai penyiaran telah menghadiri, dan anugerah itu disiarkan secara langsung di 22 negara di seluruh dunia yang meliputi kira-kira 200 juta orang.

Tahniah kepada seluruh tenaga produksi dan barisan pelakon “SKY Castle”! Buat korang yang belum tonton drama ini lagi, rasanya dah boleh pertimbangkan untuk menontonnya kerana jalan cerita penuh drama serta suspense!

Sumber : Sports.chosun 

loading...