Terdahulu, kumpulan NU’EST dan SEVENTEEN menegaskan tidak akan menerima sebarang hadiah daripada peminat mereka kecuali surat peminat. Kini, Ong Seung Wu pula memilih tindakan yang sama apabila memutuskan untuk tidak lagi menerima hadiah daripada peminatnya, WELO.
Pada 27 Disember, agensi Ong Seung Wu, telah memuatnaik notis berkaitan perkara ini seperti berikut:
Hello,
Ini adalah pengurus kelab peminat Fantagio Ong Seung Wu.
Setelah membuat perbincangan secara mendalam dan teliti berkenaan dengan sokongan ikhlas peminat yang disediakan oleh WELO (nama kelab peminat Ong Seong Wu) untuk Seong Wu, kami sepakat memutuskan untuk tidak lagi menerima apa-apa hadiah kecuali surat peminat mulai Rabu, 1 Januari 2020. Ini juga adalah keinginan Ong Seung Wu sendiri untuk tidak berterusan menerima hadiah daripada peminatnya.
Oleh yang demikian, hadiah-hadiah yang diterima oleh pejabat HQ Fantagio pada 7 petang Selasa, 31 Disember akan diberikan kepada artis berkaitan dan apa-apa bentuk peneriman selain surat peminat selepas itu akan dipulangkan semula atau dibuang tanpa sebarang notis. Jadi, sila ambil perhatian.
Walau bagaimanapun, ketika acara fan meeting yang dijalankan samada di Korea atau di luar negara, notis berasingan berkaitan bentuk sokongan peminat akan dimuatnaik menerusi kafe peminat rasmi seperti yang dilakukan sebelum ini.
Kami berterima kasih kepada WELO yang sentiasa menyokong dan bersorak untuk Ong Seung Wu. Kami mohon agar anda semua teruskan menyokong dan menyayanginya di masa depan.
Terima kasih
Jadi, WELO karangkan saja surat dengan ayat-ayat puitis selepas ini ya. Bukan Ong Seung Wu tidak sudi menerima hadiah, mungkin kekangan ruang. Maklumlah, banyak sangat yang diterima Ong Seung Wu. Jadi, janganlah kecil hati, ok!
Dalam perkembangan lain, Ong Seong Wu akan meriliskan lagu ciptaannya sendiri di mana dia bertindak sebagai komposer dan penulis lirik. Lagu berkanaan akan dikeluarkan dalam bentuk single digital dan akan diriliskan sekitar Januari depan. Perkara ini telah disahkan oleh agensinya iaitu Fantagio yang mana kini artis tersebut dalam proses penghasilan muziknya.
Lagu solo pertama Ong Seung Wu yang berjudul “Heart Sign” untuk projek muzik Pepsi pada Jun lepas dan turut keluarkan “Our Story” bagi mengisi runut bunyi drama lakonannya “Moments of 18.”
Sumber : Twitter OSW| Xportnews
Foto kredit IG Ong Seung Wu