“Selamat tinggal zaman jambu” – Artis Kpop ini kejutkan netizen dengan penampilan terbaru

Nichkhun, ahli kumpulan kpop 2PM yang berasal dari Thailand ini, mengejutkan netizen dengan perubahan mendadak terhadap penampilan terbarunya.

Baru-baru ini, Nichkhun memuatnaik gambar di dalam instagram storynya, menunjukkan wajahnya yang kini berkumis kecil serta sedikit jambang.

Difahamkan gambar tersebut dipetik daripada watak lakonannya di dalam sesebuah filem seram bertempat di Thailand iaitu Cracked berdasarkan kisah pelukis terkenal yang membunuh diri secara tiba-tiba. Gambar Nichkhun yang memakukan tepat perhatiannya di hadapan kamera telah membuatkan netizen begitu terpana melihatnya.

“Selamat tinggal zaman jambu, selamat datang hero Siam kita yang baru ini,” telah salah seorang netizen merujuk kepada penampilan terkini Nichkhun yang agak mirip dengan penampilan pelakon-pelakon Siam yang suka bermisai sejak dahulu lagi.

Sumber: moneytoday

loading...