Lee Dong Wook jadi Gumiho lelaki dan berpasangan dengan Jo Bo Ah untuk drama tvN terbaru

Hooray, Lee Dong Wook akan kembali dengan drama terbaru selepas drama OCN “Strangers From Hell” dan tvN “Touch Your Heart” yang keduanya ditayangkan dalam tahun 2019. Kali ini Wookie Oppa akan bergandingan dengan Jo Bo Ah yang pernah membintangi drama SBS “My Strange Hero.”

Pada 26 Disember, kedua pelakon berkenaan telah menyatakan persetujuan untuk membintangi “Tale of Gumiho” / “Tale of The Nine-Tailed Fox” (tajuk kerja), di mana ia merupakan drama pertama menampilkan gumiho lelaki (mitos rubah berekor sembilan) sebagai teraju utama. Terdahulu, Shin Min Ah sebagai teraju wanita utama sebagai gumiho dalam drama “My Girlfriend is a Gumiho.”

Drama yang bergenrekan fantasi ini berkisarkan kehidupan gumiho Yi Yeon, lakonan Lee Dong Wook. Yi Yeon dulunya adalah seorang dewa dari Pegunungan Baekdudaegan tapi sekarang jadi pekerja yang merupakan perantara dunia manusia dan dunia kematian.

Tugas Gumiho ini adalah untuk membersihkan kekacauan yang mengganggu dunia manusia, dengan bersembunyi disebalik mitos yang ada. Dia mempunyai penampilan yang menakjubkan, kecerdasan tinggi, dan kebolehan olahraga yang hebat, tetapi dia mempunyai keperibadian diri yang sentiasa betul dan boleh juga menjadi ganas pada masa-masa tertentu.

Jo Bo Ah pula membawakab watak Nam Ji Ah, seorang pengarah produser yang menghasilkan satu program bertajuk “Finding Urban Lagends.” Dia kelihatan seperti pengarah yang biasa, namun rakan sekerjanya menggambarkan Nam Ji Ah sebagai wanita yang berani. Dia berani terjun ke dalam tempat-tempat pemujaan serta keagamaan, rumah berhantu, dan tidak berasa takut untuk mencari intipati programnya. Nam Ji Ah sangat kompetitif dan mempunyai bakat untuk biliard, permainan arked, menembak, dan banyak lagi.

“Tale of Gumiho” dijangka akan bersiaran pada 2020 memerusi rangkaian tvN. Drama ini akan mendapat sentuhan pengarah Shin Hyo dan skripnya dihasilkan oleh Han Woo Ri, yang sebelum ini keduanya pernah bekerjasama bagi projek drama OCN “Children of a Lesser God.”

Sumber : Sports.chosun 

loading...