Jang Nara secara berseloroh membuat kenyataan bahawa beliau akan memberikan pelukan percuma sekiranya drama SBS VIP berjaya meraih rating yang tinggi.
Dalam temubual yang dikendalikan oleh Choi Hwa Jeong untuk siaran radio SBS Power PM yang turut sama disertai Lee Sang Yoon, Lee Sang Yoon menyatakan keyakinannya untuk mendapat rating yang tinggi buat drama gandingan mereka kali pertama di dalam SBS VIP.
Kemudian, Jang Nara berkata, “Jika kita dapat rating bagus, kita akan bagi pelukan percuma kepada 100 orang serta hidangkan teh buat mereka.” Lee Sang Yoon pula berkata, “Ya. Kita akan layan mereka bak ‘raja’ (VIP). Kalian pasti terasa nak tau apa ada pada drama ini kan?.” Untuk rekod, drama lakonan Jang Nara sebelum ini, “SBS The Last Empress” yang disiarkan pada pada akhir tahun lepas, pernah meraih rating yang agak tinggi buat cenel SBS berkenaan dengan dua digit dicapai bagi setiap episod.
Baca lagi : Lima drama Korea terbaru akan bersiaran sepanjang Oktober ini!
“VIP” berkisarkan tentang sekumpulan pasukan yang menguruskan pelanggan VIP dan menyimpan segala rahsia berkaitan mereka yang berurusan disebuah department store dan bagaimana bangkitnya seorang pekerja wanita yang berdepan dengan kesulitan hidup ditempat kerja dan kehidupan peribadinya demi mempertahankan maruahnya.
VIP mula disiarkan mulai 28 Oktober 2019 dan akan menjengah penonton di Malaysia menerusi siaran di ONE TV Asia setiap Selasa dan Rabu jam 8.15 malam.
Sumber: busan ilbo