Demi keselamatan, YG saran peminat tidak kunjungi kem ahli-ahli BIGBANG yang akan tamat khidmat tentera

Umum ketahui G-Dragon BIGBANG akan menamatkan khidmat tenteranya pada 26 Oktober ini diikuti oleh Taeyang dan Daesung pada November depan. Berikutan perkara itu  agensi mereka, YG Entertainment mohon agar peminat tidak mengerumuni lokasi kem tentera mereka.

Pada 23 Oktober, YG Entertainment telah berkongsi satu kenyataan menerusi laman web BIGBANG. Antara isi kandungannya adalah seperti berikut:

Hello, ini YG Entertainment.

Ini adalah notis berhubung penamatan khidmat tentera G-Dragon, Taeyang, dan Daesung pada bulan Oktober serta November depan. 

Pangkalan kem tentera G-Dragon, Taeyang, dan Daesung berkhidmat terletak di sempadan di mana virus African swine fever (ASF) atau penyakit yang teruk menyerang khinzir telah dikesan. Sebagai langkah pencegahan, sistem kuarantin diperketatkan agar virus ini tidak merebak. Oleh itu, sebarang kunjungan dan lawatan di lokasi berkenaan adalah tidak digalakkan. 

Pihak berkuasa terlibat juga meminta untuk lebih berjaga-jaga, jadi kami dengan ini melarang peminat untuk mengunjungi mereka pada hari terakhir perkhidmatan tentera masing-masing untuk mengelakkan virus ASF tersebar dan demi keselamatan peminat semua.

Kami berterima kasih kepada  V.I.P yang setia menantikan kepulangan G-Dragon, Taeyang, dan Daesung dari perkhidmatan tentera, dan sekali lagi kami minta para peminat untuk bersabar agar tidak menghadirkan diri di pangkalan kem tersebut. 

Kami pasti ramai peminat tidak sabar untuk menantikan kepulangan G-Dragon pada esok. Jangan risau, G-Dragon juga tidak sabar untuk menemui peminatnya dan juga pastinya beliau berharap agar peminat lebih mementingkan keselamatan diri masing-masing. Nantikan perkembangan terbaru dari G-Dragon bermula esok! Buat Taeyang dan Daesung, jumpa anda pada November depan!

Sumber : YG Family

loading...