Diam-diam Woohyun INFINITE dah mulakan khidmat tentera

Rupanya dalam diam Nam Woohyun dari kumpulan INFINITE dah masuk tentera!

Pada 24 Oktober, agensi INFINITE, Woollim Entertainment mendedahkan bahawa penyanyi itu telah mendaftar masuk ke Pusat Latihan Tentera Nonsan di Wilayah Selatan, Chungcheong untuk mendapatkan latihan asas. Selepas menamatkan latihan asas, Nam Woohyun akan menjalani khidmat tentera sebagai pekerja perkhidmatan awam. Nam Woohyun tidak layak untuk jalani khidmat sebagai tenteta aktif berikutan kecederaan bahu yang dialami sebelum ini.

Agensi berkenaan juga memberitahu bahawa Nam Woohyun berhasrat untuk memasuki khidmat tentera secara senyap dan tidak mendedahkan kepada umum tarikh kemasukannya. Dalam pada itu, penyanyi tersebut sempat mengucapkan selamat tinggal kepada peminatnya ketika majlis fan meeting pada 19 Oktober lepas.

Woohyun merupakan ahli ke-4 INFINITE yang sedang menjalani khidmat tentera. Apapun, semoga sihat selalu dan selamat menjalani khidmat tentera!

Sumber : Naver | Naver 2

loading...