“Aku amat merinduimu, Sulli ..” – Choiza titipkan salam terakhir buat bekas kekasih

Choiza menitipkan salam terakhir buat bekas kekasihnya, Sulli di dalam satu kenyataan ringkas di laman sosialnya sebentar tadi.

Seperti dipetik daripada laman instagram-nya, Choiza menulis, “Kami pernah meluangkan momen-momen yang sangat indah bersama. Walaupun aku terpaksa hantarmu pergi dalam keadaan begini, tapi aku tetap akan simpan kenangan kita ini selagi hayat dikandung badan (mataku belum tertutup). Aku amat merinduimu, Sulli.

Gambar dipetik daripada sport seoul.

Choiza yang merupakan penyanyi hip hop daripada kumpulan Dynamic Duo, pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mendiang pada tahun 2014 ketika dia dan Sulli masing-masing berusia 34 tahun dan 20 tahun. Pada masa itu, hubungan mereka mendapat tentangan ramai berikutan jarak umur yang begitu jauh antara kedua-duanya dan Sulli yang merupakan idol yang digilai ramai sejak bergelar penyanyi utama kumpulan kpop f(x) sebelum terpaksa mengundur diri serta pernah membintangi drama SBS To The Beautiful You (adaptasi drama Jepun, Hanakimi) yang membuatkan namanya dikenali di senantero Asia. Hubungan mereka berakhir dengan noktah pada tahun 2017.

Sejak kematian Sulli baru-baru ini, netizen mempersalahkan Choiza kerana membiarkan Sulli menanggung kemurungan keseorangan. Kata-kata nista dilihat telah dilemparkan di dalam laman instagramnya.

Sumber: OSEN , instagram Choiza

loading...