BFF Lee Min Jung dan Oh Yoon Ah bakal bergandingan dalam drama terbaru KBS

Nampaknya BFF ini akan digandingkan bersama dalam drama terbaru.

Pada 4 Oktober, kedua-dua agensi telah mengesahkan bahawa mereka kinii dalam proses perbincangan untuk membintangi drama KBS “I’ve Returned After One Marriage” (tajuk cadangan). Drama ini mengisahkan penceraian yang penuh kecelaruan yang akan menggemparkan keluarga Song yang terdiri daripada si ayah yang kedekut, ibu yang comel tapi materialistik dan empat anak yang kian dewasa.

Setelah media melaporkan kedua pelaon ini akan membintangi drama terbaru sebagai adik beradik, agensi Lee Min Jung menjelaskan, “Dia [Lee Min Jung] memang telah menerima tawaran untuk membintangi drama itu, tetapi masih lagi dalam proses meneliti tawaran berkenaan.”

Agensi Oh Yoon Ah juga menyatakan perkara yang sama, “[Oh Yoon Ah] kini dalam proses untuk mempertimbangkan drama terbarunya dengan reaksi yang menyenangkan.”

Jika keduanya bersetuju menerima tawaran ini, Lee Min Jung dan Oh Yoon Ah yang sememangnya dikenali sebagai kawan baik (BFF) dikehidupan sebenar akan mebawakan peranan sebagai adik beradik dalam drama untuk slot hujung minggu KBS. Oh Yoon Ah dikhabarkan akan membawa watak Song Ga Hee, bekas peramugari yang cantik di mana dia kembali ke kediaman keluarganya bersama seorang anak lelaki selepas bercerai. Manakala Lee Min Jung pula ditawarkan watak sebagai Song Na Hee, adik kepada Song Ga Hee yang pintar dan bercita-cita tinggi. Song Na Hee merupakan bakal pakar pediatrik yang sentiasa berada dikedudukan teratas dikelasnya, menyanyangi diri sendiri melebihi dari dia menyanyangi  orang lain.

Chun Ho Jin, Lee Jung Eun, dan Oh Dae Hwan juga dalam proses menimbangkan untuk membintangi drama ini.

“I’ve Returned After One Marriage” akan mendapat khidmat Lee Jae Sang,pengarah yang pernah bekerja untuk drama  “Father is Strange,” dan skripnya akan ditulis oleh Yang Hee Seung, yang telah menukilkan skrip untuk drama hit “Familiar Wife.” Drama ini dijangka akan ditayangkan sekitar Mac tahun hadapan selepas drama “Beautiful Love Wonderful Life” berakhir.

Sumber : Newsen | isplus

loading...