Dituduh ‘kekasih gelap’ kepada laki orang, Oh Yeon Seo hanya mahukan kebahagiaan di dalam hidupnya

Oh Yeon Seo telah mengemaskinikan laman instagram-nya baru-baru ini dengan memuatnaikkan satu gambar berserta kapsyen ringkas, dipercayai oleh sebilangan media Korea, merujuk kepada tuduhan dia sebagai kekasih gelap kepada Ahn Jae Hyun, suami kepada Ku Hye Sun.

“Aku mahu hidup dengan bahagia,” luahnya  berserta gambar kapsyen tersebut yang memberi seribu makna tentang perasaan berkecamuk di sanubarinya. Oh Yeo Seo kini sedang menjalani penggambaran drama MBC People with Flaws bersama Ahn Jae Hyun. Khabar angin yang mengatakan beliau ialah wanita yang mengenakan gaun hotel dan makan bersama suami Ku Hye Sun itu telah mengundang amarah Oh Yeo Seo sehingga menyebabkannya mengambil tindakan undang-undang terhadap Ku Hye Sun.

Sumber: OSEN , hankookibo , IS Plus

loading...