Muzik video kolaborasi J-hope Bts bersama Becky G sudah keluar sekarang!

Salah seorang ahli Bts iaitu J-Hope telah mengeluarkan muzik video kolaborasinya bersama Becky G hari ini. 

Menurut Allkpop.com, Lagu yang bertajuk “Chicken Noodle Soup” merupakan lagu yang pernah dipopularkan oleh Webstar dan Young B feat. AG aka The Voice of Harlem pada tahun 2006. J-hope kemudian telah mengubahnya dan menambah lirik yang ditulis sendiri dalam bahasa korea manakala Becky G pula menambah lirik dalam bahasa sepanyol.

Untuk muzik video pula,  J-Hope dan Becky G juga mengekalkan separuh daripada koreografi lagu  “Chicken Noodle Soup” yang asal. Koreografi mereka yang baru ini juga dikatakan lebih mudah dan senang diikuti oleh semua orang. Yang pasti Army mesti akan menyokong dan suka dengan lagu ini. 

loading...