“Perlukah aku pergi buat selama-lamanya?” – Ku Hye Sun titipkan judul lagu baru ini khas untuk Ahn Jae Hyun

Ku Hye Sun telah berkongsi satu hantaran berkenaan lagu terbaru yang digubahnya sendiri dan dilancarkannya di laman instagram-nya sebentar tadi.

Seperti dipetik menerusi portal TV Report dan Chosun Ilbo, lagu tersebut yang diberikan judul sebagai ‘Perlukah aku mati saja?’ (Tajuk artikel diubah dengan perkataan lebih mesra) mendapat perhatian netizen berdasarkan lirik begitu emosional yang disertakan sekali. Ia dikatakan dikeluarkan sebagai tindakbalas terhadap saman penceraian yang difailkan oleh suaminya, Ahn Jae Hyun semalam di samping penderitaan yang didakwa telah dialaminya sejak melayari bahtera bersama Ahn Jae Hyun.

Keratan lirik yang sempat dipetik adalah berbunyi seperti berikut,

Aku keseorangan, tiada lagi kesempatan untuk melihat masa lalu/ Pernahkah kau mempunyai hari esok yang lebih baik daripada semalam kerana mabuk dan lena di dalam mimpi setiap hari/Adakah harapan sudah jadi palsu manakala memori pula penuh dengan kedosaan/Kenapa kau perlu tinggalkan daku setelah menghembuskan nafas di telingaku selama ini/Kenapa pula aku perlu hidup?

Lagu ‘Perlukah aku mati saja?’ ini ditulis sepenuhnya oleh Ku Hye Sun pada tahun 2014 sebelum diaturkan dengan lebih kemas dan moden dalam bentuk single terbaru. Ia turut dinyanyikannya sendiri oleh Ku Hye Sun, dengan diiringi oleh petikan piano dan gesekan gitar.

Selepas dilancarkan tengah hari tadi, lagu ini rata-rata menerima pujian positif daripada penggemar muzik manakala yang lain pula menganggapnya sebagai ‘drama queen’. Apa perasaan anda setelah mendengar lagu yang begitu emosi ini?

https://www.youtube.com/watch?v=2uKYJ8Y5ogk

Sumber: chosun ilbo, tv report