Lee Min Ho dahului senarai penderma terbesar untuk bantuan membasmi penularan wabak virus corona, Covid-19

Ramai selebriti Korea berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, dengan masing-masing sekurang-kurangnya akan menyumbang wang atau bantuan bernilai 100 juta won (~RM351,000) untuk membasmi penularan wabak virus corona, Covid-19. Korea Selatan merangkumi antara negara dengan bilangan kes jangkitan tertinggi sekali dengan kematian melebihi 100 orang telah dicatatkan.

Dalam kalangan selebriti Korea tersebut, tujuh orang didapati telah menderma melebihi 100 juta won. Terkini, Lee Min ho mendahului senarai itu dengan bantuan sejumlah 350 juta won (~RM1.23 juta) telah diberikan menerusi lapan NGO berbeza iaitu Community Chest of Korea, Save the Children, Good Neighbours, Fruit of Love, Green Umbrella, Hope Bridge dan dua lagi organisasi lain tak dinamakan.

IU mengikutinya dengan bantuan sebanyak 315 juta won (RM1.1 juta) telah diserahkannya kepada sebuah pertubuhan kebajikan di daerah Yangpyeong, pertubuhan kebajikan kanak-kanak-kanak, orang tua, dan orang kurang upaya. Mengenangkan IU pernah menjalani kehidupan yang susah sewaktu kecil, beliau tidak pernah lokek untuk menderma kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

So Ji Sub, Kim Hee Sun, Hyun Bin, Kim Woo Bin dan Park Ji Eun telah menderma bantuan bernilai selebih-lebihnya 100 juta won. Hyun Bin dilaporkan telah merahsiakan bantuan-bantuan yang diserahkannya sendiri kepada pihak NGO, namun kemudian perbuatannya itu telah mendapat liputan meluas oleh pihak media. Manakala, Kim Woo Bin yang masih dalam proses pemulihan daripada barah hidung yang dialaminya, juga turut mengambil bahagian bersama-sama dengan teman wanitanya, pelakon Shin Min Ah dengan separuhnya telah diserahkan kepada Yayasan Peduli Leukemia Korea.

Berikut ialah senarai penderma selebriti Korea yang berjaya mendapat liputan media:

01. Lee Min Ho 350 Juta Won
02. IU 315 Juta Won
03. So Ji Sub 300 Juta Won
04. Kim Hee Sun 200 Juta Won
05. Hyun Bin 200 Juta Won
06. Kim Woo Bin 199 Juta Won
07. Park Ji Eun [Penulis skrip Crash Landing With You & My Love From The Stars] 130 Juta Won
08. Suzy 100 Juta Won
09. Gong Yoo 100 Juta Won
10. Son Ye Jin 100 Juta Won
11. Kim Soo Hyun 100 Juta Won
12. Kim Go Eun 100 Juta Won
13. Park Seo Joon 100 Juta Won
14. Shin Min Ah 100 Juta Won
15. Lee Byung Hun 100 Juta Won
16. Kim Jong Ki 100 Juta Won
17. Song Joong Ki 100 Juta Won
18. Lee Seunggi 100 Juta Won
19. Suga BST 100 Juta Won
20. Irene Red Velbet 100 Juta Won
21. Song Hoon 100 Juta Won
22. Yoona 100 Juta Won
23. Lee Jong Suk 100 Juta Won
24. Jun Ji Hyun 100 Juta Won
25. Jung Hae in 100 Juta Won
26. Ji Chang Wook 100 Juta Won
27. Eunhyuk Super Junior 100 Juta Won
28. Han Hyo Joo 100 Juta Won
29. Tip Big Bang 100 Juta Won
30 Bong Joon Ho 100 Juta Won
loading...