Lee Wan, adik Kim Tae Hee bakal ‘naik pelamin’ menjelang Disember depan

Lee Wan dan pemain golf professional, Lee Bomi bakal melangsungkan perkahwinan sekitar bulan Disember 2019 ini.

Menurut agensi Relax, jurucakapnya dilaporkan berkata, “Ya betul, kedua-duanya akan berkahwin pada Disember ini. Keluarga masing-masing sudah pun bertemu sesama sendiri dan bersetuju untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan. Mohon restu dari kalian untuk mereka melayari bahtera bersama.”

Kedua-dua Lee Wan dan Lee Bomi merupakan penganut agama Kristian Katolik yang tegar dan pernah terbabit di dalam aktiviti keagamaan di dalam gereja. Lee Wan bukan saja dikenali sebagai adik kepada pelakon Korea, Kim Tae Hee, yakni juga merupakan adik ipar kepada Rain, malah beliau juga telah sejak dari dahulu lagi bergelar sebagai pelakon. Antara drama lakonannya termasuklah SBS Stairway In Heaven dan SBS Tree of Heaven yang menyaksikan gandingannya bersama Park Shin Hye. Manakala, Lee Bo Mi pula ialah seorang pemain golf professional yang agak popular dan mempunyai peminatnya tersendiri.

Lee Wan dan kakaknya dilihat telah menandatangani kontrak bersama agensi StoryJ dan Lee Wan juga sudah mula aktif dengan menyertai rancangan realiti tv tvN D Mileage Walker.

Sumber: ytn , sport trends

loading...